Mustahil..!!! Memang mustahil..! Betul ke ni? Tapi, kalau tak betul, takkan polis nak tangkap? Takkanlah Polis senang-senang saja nak tangkap orang tanpa sebarang asas atau dakwaan? Setahu saya, Polis tak pernah begitu. Sejak Polis ditubuhkan, tak pernah pun polis buat begitu...
Komunis! Komunis telah dinyahkan dari bumi Malaysia sejak tahun 1989 lagi. Sudah lama komunis atau Parti Komunis Malaysia (PKM) telah tewas dan meletak senjata. Namun, saya difahamkan oleh sumber bahawa fahaman Komunis tak pernah mati di Malaysia! Itu fakta pertama.
Sahabat saya, pernah membuat liputan sambutan ulangtahun komunis di Hadnyai, Thailand. Menurutnya, lebih 2,000 orang komunis dari Malaysia hadir ke majlis yang turut meraikan Chin Peng itu. Dia sempat menayangkan rakaman temubualnya bersama Chin Peng di majlis itu. Cuba bayangkan, dia sorang saja yang bukan komunis di majlis berkenaan. Mujur tak mati diganyang komunis! Itu fakta kedua.
Menurut sahabat saya, warganegara Malaysia yang 95% hadir di majlis tersebut adalah berbangsa Cina. Mereka tinggal di Selayang, Kepong, Jinjang, Melaka, dan beberapa kawasan bandar utama negara. Itu fakta ketiga yang menyokong tentang fakta komunis masih kuat fahamannya di Malaysia.
Sumber terbaru, saya da menghubungi seorang bekas IGP untuk bertanyakan tentang ancaman komunis di Malaysia. Beliau berkata, memang wujud ancaman komunis ketika beliau memegang jawatan IGP, namun gerakan mereka dipantau dan kerap digagalkan oleh PDRM. Itu fakta keempat.
Dengan penangkapan beberapa kumpulan yang sebok mempromosikan Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah yang merupakan bekas-bekas pimpinan komunis, apakah boleh disangkal lagi tentang dakwaan Bersih 2.0 sangat berkait rapat dengan komunis dan fahamannya?
Saya agak terhibur dengan kenyataan Presiden PSM, Nasir Hashim, yang mempertikaikan penahanan anak-anak buahnya. Kononnya mereka ditahan kerana T-Shirt! Apa ke bahlolnya Nasir Hashim. Macam ni punya bahlol pun boleh jadi Presiden? Tapi, memang normallah. Pemimpin pembangkang selalunya bahlul-bahlul belaka...
Berikut adalah kenyataan dari Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang mengenai sebab dasar penangkapan itu...
“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.
“Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih,”
Jelas sekali bahawa "isi kandungan risalah" disebut pada dasar pertama. Kemudian disusuli dengan "tulisan di bahagian belakang baju T". Dan semua warganegara tahu bahawa sebarang unsur mengenai komunis merupakan satu perkara sensitif di kalangan rakyat Malaysia yang pernah dianiaya pengganas itu dahulu.
Justeru itu, sebarang perkara yang membabitkan komunis, fahaman dan semangatnya adalah dilarang sama sekali oleh undang-undang. Jadi, penangkapan tersebut bukan kerana T-Shirt yang dipakai, tapi kerana fahaman dan sensitiviti yang ditimbulkan mereka.
Saya ingin bertanya, sekiranya ada sekumpulan orang yang memakai T-Shirt yang menghina Islam atau Kristian di Malaysia dan berkempen mengajak rakyat Malaysia menyertai mereka, apakah mereka ini tidak wajar ditahan pihak berkuasa? Persoalan sesimple itu pun Presiden PSM tak boleh fikir? Elok bubar je laaaahhh..
SUMBER DUKE OF UMNO
No comments:
Post a Comment