Kerajaan berjaya mematahkan pertembungan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian ini membawa kepada penubuhan MAGERAN untuk memulihkan kestabilan dan penyususnan semula masyarakat.
Kerajaan juga berjaya cemerlang menghapuskan tindakan militan Ustaz Politik Ibrahim Libya dalam Peristiwa Memali 1985 dan Kumpulan Al-Maunah pada tahun 2000.
Pada tahun 2007 satu percubaan membangkitkan huru-hara melalaui Demonstrasi Bersih 1 telah berjaya diadakan oleh Gerombolan Parti Pembangkang semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pihak Polis sekali lagi berjaya membanteras gerakan yang tidak diperlukan di negara kita ini.
Hari ini para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang sekali lagi cuba mengadakan gangguan sivil untuk mewujudkan suasana kucar-kacir yang tidak dikehendaki oleh seluruh Rakyat Malaysia.
Mereka lupa bahawa sekarang adalah era DS Najib mengetuai kerajaan. DS Najib sentiasa mengutamakan kesejahtyeraan rakyat mengatasi segala-galanya.
Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba melupakan bahawa kuasa yang ada pada DS Najib adalah kuasa dan mandat yang diamanahkan oleh Rakyat untuk kepentingan rakyat. Maka sebagai langkah permulaan pihak polis sudah merayu, memohon dan memberi amaran supaya demonstrasi ini tidak diteruskan.
Rayuan dan larangan oleh pihak polis ini nampaknya tidak disenangi oleh para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang di negara kita
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.
Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu....
Pandangan Pendita:
1. Tindakan tegas kerajaan sangat tepat kerana rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan jika tidak dihalang budaya yang tidak bertamadun ini yang akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air kita.
2. Tindakan polis untuk membuat tangkapan awal adalah selaras dengan tuntutan rakyat untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesajteraan. Rakyat tidak mahu keadaan yang lebih buruk akan berlaku jika agenda kotor ini dibiarkan.
3. Tindakan polis untuk membuat tangkapan awal ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap polis yang tegas berusaha menjamin kehidupan rakyat pada sebarang masa mengikut undang-undang yang ada.
4. Jika pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang meneruskan juga hasrat mereka, rakyat akan berdiri bersama-sama kerajaan kerana jelas sikap pembangkang yang sengaja menunjukkan siukap bermusuhan dengan pihak polis yang menjaga keselamatan dan keamanan.
5. Jika segelintir para Pemimpin Perusuh mendakwa SPR gagal mengadakan pilihanraya yang bersih, majoriti rakyat Malaysia tidak menganggapnya begitu. Ini hanya cubaan pengkhianat untuk menimbulkan rasa benci yang tidak bersebab, manaikkan kemarahan yang tidak ada asas serta sengaja menanam persepsi yang salah terhadap SPR dan kerajaan pilihan rakyat.
6. Pihak polis tidak perlu mengadakan perjumpaan atau perbincangan dengan pihak penganjur kerana tiada keperluan berbuat demikian. Pihak polis hanya perlu menjalankan tugas mereka sebagaimana yang diharapkan oleh majoriti rakyat di negara ini.
7. Rakyat akan menganggap polis melakukan kesilapan besar jika tidak melakukan tangkapan awal untuk tujuan pencegahan. Polis tidak akan dianggap melakukan kesalahan tetapi para Pemimpin Perusuh itulah sebenarnya yang bersalah kerana melanggar amalan demokrasi dan cuba menerapkan budaya kuku besi parti mereka dalam menentang kerajaan Pilihan Rakyat negara ini.
8. Rakyat akan bertambah yakin kepada institusi Polis di negara ini kerana bersikap amat peka dan bertindak merayu, memohon dan akhirnya memberi amaran akan membuat tangkapan awal jika berdegil.
9. Rakyat akan berasa kagum sekiranya bibit-bibit kotor yang menggugat sistem demokrasi berparlimen di negara ini dapat dihapuskan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah dan metadbir negara demi menjamin kehidupan rakyat agar terus menikmati kehidupan yang sejahtera seperti sebelum ini.
10. majoriti Rakyat Malaysia tidak mahu para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba menawan parlimen dengan cara yang "kotor" walaupun menamakan demonstrasi jalanan mereka dengan nama "bersih".
Rakyat Malaysia di bawah pimpinan DS Najib semakin bersatu menolak agenda China DAP dan Nuar Berahim. Rakyat trelah semakin sedar dan insaf bahawa Parti Melayu Pas telah berjaya dijadikan haiwan politik tunggangan yang tidak ada maruah dan arah tuju perjuangan lagi.
No comments:
Post a Comment