Melihat senario semasa yg semakin tidak berpihak kepadanya, Anwar Ibrahim kini kian terdesak. Segala perancangan yg diatur semata-mata utk melanjutkan nyawa politiknya semua tidak menjadi. Usaha melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya, mengarahkan AMK merusuh & membuat huru-hara di masjid dan mahkamah dan yg terbaru membuat laporan kononnya keretanya disabotaj rupa-rupanya memakan dirinya semula.
Anwar tidak tahu bahawa perancangan Allah SWT adalah melebihi segala-galanya. Jadi, apakah langkah Anwar seterusnya? Aku yakin kepala Anwar kini semakin berserabut. Bayangan Sungai Buloh pun kian melambai-lambainya andai kes bela dirinya nanti pada 6 - 30 Jun ini terus buntu. Itu belum lagi membicarakan tentang kes video seksnya pula.
Aku juga yakin dalam minda Anwar sekarang mesti tengah memikirkan apakah strategi yg akan digunapakainya bagi menyelamatkan survival politiknya. Tidak mungkin Anwar akan merelakan saja dirinya dipenjarakan tanpa menyediakan 'buah tangan' darinya.
No comments:
Post a Comment