Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, February 11, 2011

TERKINI: NIK AZIZ MENGAKU DIRINYA KOTOR???


Kalau setakat tandas pun tak boleh jaga, macam mana nak jaga negara??? Fikir-fikirkanlah...

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya. 

Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.


"Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid supaya menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung. 

Beliau turut meminta umat Islam menjimatkan peruntukan untuk sambutan seperti Maulidur Rasul dan menyumbangkan sebahagian daripadanya ke masjid bagi tujuan penyelenggaraan tandas. 

"Masalahnya sekarang tiada peruntukan khusus untuk membayar gaji kakitangan untuk menjaga kebersihan tandas di masjid, menyebabkan masalah kekotoran tandas masjid tidak dapat diatasi sejak sekian lama," katanya. 

Nik Abdul Aziz sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya berhubung tahap kesedaran masyarakat Kelantan yang masih rendah dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka. - BERNAMA 

3 comments:

Anonymous said...

Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.

Jelas bukan sahaja pelawat malah peliwat pun geli kot nak masuk tandas mesjid. Ini lah akibat bukan takde peruntukan khas untuk membersihkan tandas tetapi di akibatkan terlalu banyak berpolitik sehingga tandas pun lupa jaga. Dah memang dasar kerajaan PAS kelantan, duit balak buat rasuah dan kroni serta keluarga, tentang mesjib tu tak penting sebab tiada dalam perlembagaan PAs tuk memperjuangkan negara Islam, mungkin negara isle kot.

Anonymous said...

drp doa pechah perut lebih baik doa agar tandas mesjid bau wangi mungkin tuhan nik akan tunaikan

Unknown said...

Pok Nik sebuk kira duit jual balak..
lepas tu sebuk juga caci maki dan cipta fatwa!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa