SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.
Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.
Shuhaimi perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan penahanan dan pembebasan Shuhaimi. - Utusan
Sent from my iPad
1 comment:
makan pedang kawan sendirilah nampaknya. kawan2 lu sedang mengasah pedang nk baham tengkok lu. lain kali jgn konfiden sgt dgn keberanian lu tu. itupun kalau masih ada lain kali utk lu. ucapan selamat untuk lu yb....
Post a Comment