1. JPX sangat terperanjat bila membaca berita ini yang di siarkan di CELAH GELEGAR. KJ yang selama ini gagah dan kuat di mana-mana akhirnya mengaku ingin meninggalkan dunia politik.
2. Mengapa terlalu awal??? KJ ANTI KLIMAKS???Bukankan banyak lagi benda yang belom dilaksanakan??? Adakah KJ merajuk?? Adakah KJ rasa tembelangnya sudah mahu pecah??? Atau KJ dapat rasa dia akan kalah jika bertanding nanti???
3. JPX rasa ini adalah salah satu taktik KJ untuk lihat di mana tahap penerimaan rakyat kepadanya. Ternyata pengumuman untuk berundur dari politik disambut baik oleh semua pihak. Pilihan yang KJ buat adalah yang terbaik!!!
4. Tidak mungkin ada yang akan menangis dan menahan KJ seperti bilamana TUN Mahathir umum untuk letak jawatan dahulu. Kehilangan KJ di arena politik akan diganti dengan sesuatu yang lebih indah dan bermakna.
5. Apapun JPX ucapkan selamat maju jaya kepada KJ untuk hidupnya yang ini dan yang akan datang.
JPX
PETALING JAYA, 2 Jan: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.
Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.
"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait". (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.
Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.
"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late". (Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.
Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."
Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.
Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.
2 comments:
Maybe this is just a war tactic so that people would stop bashing him up.
Let's be wary and keep on bashing him until he really keep his words.
agree. Cerdik budak KJ ni. Kalau tidak mana nak dapat kawin anak Pak Lah...hehehehe
Post a Comment