Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, December 05, 2010

SIAPA YANG PUNYA ANGKA YANG BENAR????







1. Hari ini sekali lagi puak Pakatan Haram membuktikan bahawa mereka adalah benar-benar haram. Demo jalanan yang diadakan secara haram, kononnya atas alasan untuk menyampaikan memorendum kepada Yang Di Pertuan Agong merubah rupa ibukota kepada mimpi ngeri.

2. Tapi apa yang JPX mahu sampaikan bukanlah apa yang telah berlaku tapi adalah penipuan yang telah berlaku dalam usaha Pakatan Haram ini menyampaikan apa yang telah berlaku.

3. Beberapa media pro pakatan ini, seperti Malaysiakini dan Harakah telah memalsukan maklumat dalam melaporkan apa yang telah berlaku pada siang hari tadi. Mereka bermain dengan nombor dan kata-kata dusta dalam mengelirukan pembaca dan rakyat Malaysia.

4. Portal atas talian ini sewenang-wenangnya melakukan pembohongan secara terang-terangan. Mereka membelakangkan etika kewartawanan dalam usaha mengaburi dan memesongkan fakta, mungkin atas arahan seseorang.

5. Perbuatan ini tentu sahaja akan membawa akibat yang buruk. Pembaca dan rakyat akan dihidangkan dengan pembohongan dan mungkin akan terpengaruh dengan pembohongan ini.

6. Namun, ini juga memperlihatkan kelemahan Pakatan ini sebenarnya. Terdesak untuk meraih sokongan rakyat, maka portal ini terus menerus melaporkan berita palsu dan bohong dengan harapan ini dapat meraih simpati. Mereka memutarkan fakta dan melaporkan berita separa benar sekaligus semua laporan berita mereka adalah pembohongan yang besar.

7. Namun, apa yang menghairankan Kerajaan dan Pak Menteri membenarkan ini terus menerus berlaku. Terlepas pandang mungkin satu jawapan yang paling bawah untuk digunakan, namun kenapa masih belum mahu bertindak setelah semua maklumat sudah diberi???

8. Rakyat sudah pasti tidak akan termakan dengan pembohongan ini kerana Pakatan Haram sering berkata Rakyat Sudah Pandai. Jadi pembohongan mereka tidak sama sekali berkesan.

9. Yang seronoknya, Harakah Daily dan Malaysiakini pun cuba bohong antara satu sama lain...hahahaha

10. Tapi yang paling pasti, rakyat yang sudah pandai ini akan memerhati dan terus memerhati apa, bila dan bagaimana Pak Menteri ini bekerja!!!

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa