Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, July 01, 2016

LIM GUAN ENG KOMUNIS CIPTA SEJARAH!!!

LIM GUAN ENG CIPTA SEJARAH
1. KOMUNIS PERTAMA JADI KETUA MENTERI
2. KETUA MENTERI YANG PALING KUAT RASUAH 

Kalau bab orang lain mereka ini cukup garang melompat desak segera letak jawatan segala macam jika dituduh di mahkamah.

Namun bila kena batang hidung sendiri lain ceritanya.

Lim Guan Eng yang dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan salahguna kuasa dan rasuah kata setakat ini beliau masih kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ditanya soal itu oleh wartawan dalam sidang akhbar selepas kesnya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang,Guan Eng serah soal kedudukannya kepada parti.

Sidang akhbar itu diadakan di dewan Majlis Bandaran Pulau Pinang yang terletak tidka jauh dari komplek mahkamah.

Kata Guan Eng pimpinan DAP akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk buat keputusan.


Beliau seperti biasa dakwa tidak bersalah dan akan lawan kesnya habis-habisan.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman dalam satu kenyataan kata Guan Eng perlu segera melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan lain-lain jawatan yang disandang beliau dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga perbicaraan kes rasuah beliau selesai. 

Katanya tindakan ini adalah perlu bagi menjamin integriti jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak dipertikaikan.

"Ini bukan pertama kali seorang pemimpin negeri didakwa di Mahkamah atas tuduhan rasuah. Ini bukan pendakwaan politik (political persecution) kerana yang didakwa adalah seorang pemimpin parti pembangkang. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat setelah siasatan yang teliti, rapi dan professional dilaksanakan oleh SPRM."

"Kita difahamkan seramai lebih 90 orang individu telah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang dalam pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran daripada seorang ahli perniagaan yang dikatakan ada urusan perniagaan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

"Undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, agama atau pegangan politik; yang tertuduh diberi peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah. Begitu jugalah Lim Guan Eng akan berpeluang untuk membela dirinya di Mahkamah nanti.,”katanya.-30/6/2016

2 comments:

Anonymous said...

Orang lain kaut 22 tahun masih boleh lepas, dai baru 8 tahun dah sangkut. Hmm nampak sangat tak 'profesional'.

Anonymous said...

3. Ketua Kafir Harbi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa