Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, July 07, 2016

ALHAMDULILAH:CINA PENANG PUN SUDAH MULA TOLAK CINA KOMUNIS LIM GUAN ENG!!!


Pendakwaan dua kes rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedikit sebanyak telah menggugat sokongan bukan sahaja daripada rakyat tetapi daripada ahli DAP itu sendiri.

Sebaik sahaja dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta, Guan Eng melalui kerajaan negeri yang diketuainya terus mengadakan "Sesi Penerangan Ketua Menteri Bersama Rakyat" di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

Walaupun dihadiri pimpinan utama Pakatan Harapan seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi PAN, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dan beberapa pimpinan tinggi yang lain, kehadiran majils itu hanya sekitar 600 hingga 700 orang sahaja.


'Protes senyap' terhadap Guan Eng semakin besar di Pulau Pinang?

Jumlah ini sangat sedikit jika diambil kira dengan pemilihan lokasi program yang diadakan di kawasan pulau yang merupakan kubu kuat DAP di Pulau Pinang. Ini bermakna DAP sudah tidak yakin lagi sokongan rakyat terhadap mereka masih lagi seperti dahulu. Mereka memilih jalan selamat untuk menarik kehadiran yang tinggi untuk menunjukkan sokongan Guan Eng masih lagi mendapat sokongan rakyat.

Sama juga yang berlaku dalam program "Walk With Guan Eng" yang diadakan di Lebuh Pantai, Georgetown anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri hanya sekitar 350 orang sahaja. Kumpulan 'anti-Lim Guan Eng' seperti ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu masih memboikot dan menolak sebarang gerakkan solidariti ini.

Tiga Pemaju biayai wang jaminan Guan Eng?

Kutipan derma wang jaminan sebanyak RM1 juta yang didakwa berjaya diperolehi dalam waktu yang singkat juga mula menimbulkan keraguan pelbagai pihak.

Menurut sumber, dana hampir RM 1.44 juta yang dterima DAP dalam masa 21 jam selepas kempen kutipan "RM10 seorang" dilancarkan itu dipercayai diperolehi daripada tiga pemaju dan beberapa syarikat yang mendapat banyak projek daripada kerajaan negeri Pulau Pinang selain daripada sumbangan ahli-ahli perniagaan.

"Situasi ini telah dimanipulasikan oleh Guan Eng untuk tunjukkan kononnya beliau masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat. Pada hal, pemaju-pemaju ini yang biayai kos sebab ada projek mereka yang belum siap dan mahu dapat projek yang lebih besar akan datang.

"Tetapi sebenarnya kebanyakkan pemimpin DAP yang memberi sokongan datang daripada luar Pulau Pinang, bukan dari sini (Pulau Pinang)," katanya.

Penolakkan terhadap Guan Eng semakin ketara?

Selepas Guan Eng didakwa atas pertuduhan rasuah, penolakkan terhadap Guan Eng semakin ketara. Ahli-ahli DAP mula meragui beberapa tindakan Guan Eng yang meragukan dan tidak seiring dengan polisi DAP yang diamalkan selama ini.

Menurut sumber, beberapa banner telah dinaikkan di beberapa kawasan yang mendesak Guan Eng bercuti dari memegang jawatan Ketua Menteri sehingga perbicaraan kes selesai.

Antara tulisan yang tertera di banner tersebut 'Guan Eng Should Go On Leave', 'LGE a Corrupt Leader', 'Practise What You preach LGE', dan 'No Corrupt leader In DAP' selain daripada banner-banner bertulisan Cina.

3 comments:

Anonymous said...

Selagi peristiwa 13 Mei terpahat dalam sejarah selagi itu tiada maaf bagi mu DAP biadap.

Anonymous said...

Lge shud go to jail. Padan muka to dapigs......

Anonymous said...

Bullshit DAP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa