Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, June 05, 2016

KISAH KAJANG JANGAN DI BAWA KE SUNGAI BESAR!!!


Satu ketika dahulu, dalam kempen Pilihan Raya Kecil N25 Kajang pada Mac 2014, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berjanji, akan menyelesaikan masalah banjir kilat yang membelenggu DUN ini andai beliau diberikan kuasa untuk mentadbir.

Kenyataan beliau ini turut sama disokong oleh suaminya, Datuk Seri Anwar yang berjanji akan mengatasi semua masalah penduduk DUN Kajang andai PKR kekal berkuasa.

Dihampir semua tempat, Wan Azizah menyampaikan janji yang sama terhadap penduduk Kajang, tidak kira dimana sahaja tempat beliau mengadakan kempen. Sejak dari hari pertama kempen sehinggalah beliau diumumkan sebagai pemenang, beliau tidak menyatakan bagaimana caranya beliau mahu mengatasi masalah berkenaan.

Kini, memasuki dua tahun kemenangannya di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang yang menyaksikan berubahnya tampuk pentadbiran negeri Selangor dari tangan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Datuk Seri Azmin Ali, penduduk DUN Kajang sehingga kini hanya mampu berdoa setiap kali hujan lebat turun membasahi bumi Kajang, agar air tidak naik disaat ADUN mereka sendiri hilang tanpa berita.

Bukan sekali, malah sudah acapkali Kajang dilanda banjir kilat yang ada diantaranya menenggelamkan beberapa puluh kenderaan, barangan di premis perniagaan dan sebagainya.

Malah ada suara-suara nakal yang menggelarkan Kajang sebagai Venice of The East akibat banjir yang pasti akan berlaku setiap kali hujan lebat.

Ketika ditanya kepada Wan Azizah berhubung permasalahan ini, beliau menunding kepada longkang yang tersumbat, pembinaan MRT, hujan terlalu lebat dan masalah sampah di kawasan berkenaan.

Beliau dikatakan lebih senang menghantar wakil untuk meninjau keadaan banjir di DUN berkenaan dan hanya akan turun andai beliau tidak sibuk dengan tugasannya.

Adakah Permatang Pauh jauh lebih utama berbanding Kajang? Apa yang pasti, beliau memang tidak mampu memikul tugas di Parlimen dan DUN serentak dimana yang menjadi mangsanya adalah penduduk di kawasan berkenaan.

images (19)

Mengambil kira akan hal ini, adalah diingatkan kepada semua pengundi di P093 Sungai Besar agar tidak memperjudikan nasib mereka sekali lagi kepada mereka yang diletakkan sebagai calon sahaja tanpa sebarang niat untuk mewakili dan memperjuangkan nasib rakyat yang bakal mereka wakili.

PKR telah menunjukkan contoh”hebat” mereka di Kajang dan adakah penduduk Sungai Besar mahu memperjudikan nasib mereka sama seperti Kajang?

Adakah Wan Azizah ada memperuntukkan bantuan khas kepada mana-mana mangsa penduduk yang terjejas oleh banjir? Jika ada, sudah menjadi kelaziman PKR dan pembangkang untuk mengwar-warkan bantuan yang mereka hulurkan. Namun sehingga kini, walaupun Kajang sudah ditenggelami banjir lebih daripada 7 kali, tiada bantuan khusus disediakan.

Oleh yang demikian, penduduk di Sungai Besar dinasihatkan, untuk menilai dan mengenal pasti, siapa yang boleh bekerja untuk rakyat dan siapa pula tidak.

Ditambah dengan kemelut calon antara PKR, DAP dan PAN hari ini, pastinya tiada jaminan diberikan oleh ketiga-tiga buah parti berkenaan untuk membela nasib rakyat di Parlimen berkenaan.

Samurai Biru

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa