Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 13, 2016

HADI AWANG JUMPA MAHATHIR UNTUK GULINGKAN NAJIB???!!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincangkan rencana menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Hadi berkata, beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.

“Pas tidak menentang individu, tidak menentang orang tetapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi walkabout di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.


Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau makan 'dedak' Najib, Presiden Pas itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?

“Kerana Pas tidak makan dedak maka dengan itu Pas boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” ujar beliau.

Mengulas saranan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad agar UMNO dan Pas berganding demi mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam, Abdul Hadi berkata:

“Kita ada garis panduan dalam al-Quran...kembali kepada al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya merujuk laluan yang diberikan oleh kerajaan baru-baru ini untuk beliau mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat.

Pada sesi walkabout itu, jentera parti menawarkan beberapa aktiviti kepada orang ramai termasuk pemeriksaan kesihatan dan menukar minyak pelincir motor secara percuma.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu. – BERNAMA


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa