Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, November 04, 2015

TONY PUA ADALAH KEMALUAN TERBESAR CINA KOMUNIS!!!



LIHATLAH senarai pemenang pemilihan 15 Ahli Majlis Eksekutif  DAP yang menganggotai Jawatankuasa Tertinggi DAP Negeri Selangor semalam, TIDAK ADA seorangpun MELAYU. Bahkan, calon India tidak nampak kelibat naik podium pemenang.

Ada seramai 36 orang calon yang bertanding untuk mengisi 15 kerusi itu. Mana hilangnya Edry Faizal (penyelaras DUN Taman Templer), Nor Miswary Ramli (Penolong Setiausaha DAP USJ) dan Mohammad Samat (AJK DAP Selangor) dalam senarai pemenang?

Mengapa tak terpilih Ganabatirau (ADUN Kota Alam Shah), Rajiv Risyakaran (ADUN Bukit Gasing), Chandra Mohan (senator), Manoharan (bekas ADUN Kota Alam Shah) dan Sivakumar Periasamy (dari DAP Sepang)?

Kalau ada yang berjaya pun, hanya seorang iaitu Exco Kerajaan Selangor, Ganabatirau. Bukan Melayu? Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan ahli DAP masih menolak pemimpin bukan Cina.

Keputusan pemilihan yang  berlangsung di Dewan Sivik MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya dihadiri 1,220 perwakilan, sebelum itu dirasmikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.




Hasilnya menunjukkan perwakilan mahukan satu pasukan yang seimbang di antara tiga kumpulan utama.  Iaitu yang diketuai Tony Pua, Ean Yong Hian Eah dan Ronnie Liu, sementara ' lone ranger' dalam DAP Teng Chang Khim masih selamat dipilih. Namun dikatakan kedudukan Exco Kerajaan Selangor beliau mungkin terancam dan bakal digantikan.

Majoriti yang dipilih adalah penyokong Ean Yong Hian Wah, sekali gus menyaksikan hasrat Tony untuk terus kekal sebagai Pengerusi DAP Selangor kini menjadi tumpuan.

Realitinya,  penyertaan orang Melayu atau pemimpin Melayu dalam DAP penuh ranjau berduri. Kalau boleh dikaji senarai kepemimpinan Pusat parti itu, orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat hanya mempunyai dua wakil sahaja. Bumiputera Sabah dan Sarawak pula langsung tidak diwakili.

Meskipun dikatakan DAP Melayu sudah bertapak bagi suatu tempoh yang agak lama sejak 1969 yang mana dalam catatan sejarah, Melayu DAP pernah memenangi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri, namun kedudukan Melayu dalam parti pimpinan Lim Kit Siang itu penuh dilema. Tidak terarah.

Barangkali yang masih diingati pemimpin Melayu dalam DAP ialah Allahyarham Ahmad Nor yang memenangi kerusi Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1990. Itu pun populariti beliau diwarnai penglibatan aktifnya dalam sebuah kesatuan sekerja.

Dan kalau nak dikira pemilihan calon-calon Melayu untuk menggalas cabaran DAP pun hanya sekelumit - yang memang pun boleh dikira dengan jari dalam dekad demi dekad.

Antaranya, penyandang kerusi DUN seperti Ibrahim Singgeh (1969), Tapah Road, Perak; Hassan Ahmad (1969) Si Rusa, Perak; Fadzlan Yahya (1982), Pasir Berdamar, Perak; Fadzlan Yahya (1986), Pasir Berdamar, Perak; Fadzlan Yahya (1990), Lahat, Perak dan Mohd Asri (1990), Dermawan, Perak.

Dan selepas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membuat keputusan keluar dari parti itu sebelum ini, hampir tidak ada pemimpin Melayu dari DAP yang cukup dikenali. Kalau adapun, seorang yang bernama Zulkifli Mohd. Noor tetapi dia hanya menyandang Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang meskipun merupakan seorang pemimpin Melayu veteran dalam DAP sejak hampir 25 tahun.

Yang menyerlah dalam pandangan rakyat terutama orang Melayu adalah - DAP sebagai parti anak-beranak sendirian berhad walaupun mereka berkokok dan menjerit kononnya keahlian mereka adalah berbilang kaum.

DAP sebagai parti politik tidak pernah berubah sejak lima dekad lalu (iaitu 50 tahun). Sejak pembentukan rasminya pada 1966, DAP ialah Kit Siang dan Kit Siang ialah DAP. DAP ialah parti Satu-Orang, yang disokong oleh Dinasti Lim.

Struktur kepemimpinan DAP tidak pernah melalui perubahan sebenar sejak kewujudannya pada 1966. Supremo parti itu masih Kit Siang dan anaknya, Guan Eng (yang berubah hanya jawatan). Diuar-uarkan DAP parti berbilang kaum, tetapi nampaknya Melayu di dalamnya tidak ada arah. Kaum India juga serupa melainkan mungkin hanya Gobind Singh seorang.

Semasa hampir kesemua parti politik mengalami perubahan dalam barisan kepemimpinan sejak beberapa dekad lalu, tapi apa sudah jadi dengan pihak yang sering bertempik mengenai perubahan, seperti DAP?

1 comment:

Anonymous said...

Masih hebat semangat rasis dlm dapigs...
Mcm yahudi juga standard mrk nie...
Memalukan jer slogan tokong...telus ntah apa2..
Baik tak yah bertanding klu calon dah ada...

Malang sungguh....YB tony puaka nie cakap jer berdegar2 tapi PENGECUT!!!!!
TULUR DIA HILANG!!!!!MEMALUKAN BANGSA CINA KOMUNIS JER!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa