Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, November 20, 2015

NURUL IZZAH JUMPA ANAK KIRAM BINCANG SERANG SABAH LAGI???

image

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bertemu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram menimbulkan persoalan.

Jacel memuat naik empat keping gambar pertemuan dengan Nurul Izzah dalam akaun Facebook, Princess Jacel H. Kiram-Hassan dipersoalkan.

Malah, turut dimuat naik gambar Jacel memegang kain rentang yang tertera perkataan ‘Lepaskan Anwar Segera’.

Gambar-gambar yang dimuat naik Jacel bertarikh 9 November lalu menerima dua perkongsian oleh rakan Facebook serta tiga hingga 89 likes.

Rakan Facebook Jacel, Jerico Natividad Bustamante mengemukakan soalan dalam satu daripada empat keping gambar yang dimuat naik; “Adakah itu anak perempuan Anwar?”

Jawab Jacel; “Ya!”.

Seorang lagi rakan Facebook, Ead MasReka menjawab Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, penulis blog LSS Report, Lim Sian See dalam akaun Facebook miliknya turut mempersoalkan pertemuan tersebut kerana mempunyai bukti secara bergambar dan dianggap mempunyai agenda tertentu.

“Saya berasa hairan apa yang dibincangkan oleh Nurul Izzah, Jacel dan rakan lelaki ‘Mat Salih’ yang tidak dikenali dalam majlis makan malam. Adakah kerana makanan itu sangat sedap?,” soal Sian See.

Menurut Sian See, Jacel merupakan ketua jurucakap sewaktu pencerobohan Lahad Datu suatu masa dahulu.

Katanya, anak perempuan Kiram itu pada waktu ini dikatakan sedang mengejar jawatan senator untuk dijadikan landasan untuk menuntut Sabah dari Malaysia.

Sian See turut mengandaikan beberapa alasan yang mungkin diberi oleh Nurul Izzah jika dipersoalkan rakyat mengenai pertemuan itu, termasuk tidak mengenali Jacel.

Kali pertama bertemu dengan anak perempuan Kiram, tidak mengenali Kiram, tidak mendatangkan bahaya kerana berbual dengan gadis itu, cuba meyakinkan Jacel untuk menggugurkan tuntutan ke atas Sabah bagi manfaat hubungan Malaysia-Filipina dan beberapa lagi.

“Ini adalah penghinaan kepada warga Malaysia, orang Sabah dan terutamanya wira-wira negara yang mempertahankan kedaulatan negara,” kata Sian See.

Sementara itu, Nurul Izzah dalam satu kenyataan mengakui beliau bertemu Jacel pada 9 November lalu, apabila berada di Filipina bersama-sama dengan Ahli Parlimen Batu Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

Beliau berkata majlis itu dianjurkan Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia bagi Demokrasi, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

“Mereka putuskan mengenai senarai para pemimpin yang perlu ditemui. Antaranya calon-calon sah yang bertanding atas tiket naib presiden Jejomar Binay – dan banyak lagi pemimpin pertubuhan awam,” katanya.

Utusan

1 comment:

Anonymous said...

tiada apa yang boleh dipercayai lagi tentang izzah, bapa dia penipu ..mak dia penipu, dan dia sendiri penipu pembohong dan pemfitnah, lihak kes dia di lembah pantai ! menang kerana fitnah

tian chua , dialah kawan anuar ke filipina sebelum sabah diserang , sejurus balik dari filipina maka anuar pun menyanyikan lagu 'tanya sama najib ..sabah akan hilang" bermakna anuar memang tahu sabah akan diserang , sabah akan dituntut oleh kiram .

malangnya , kerajaan terlalu lembik , penakut bacul pondan , menteri pula hanya tahu beri amaran , dulu menteri KDN itu si Hishamuddin , menteri paling banyak beri amaran tapi tindakan sehabuk pun tiada, tahu bercakap sahaja! selepaas itu zahid jadi menteri KDn , pun sama juga hanya berani beri amaran dan amaran, tindakan kosong !

sekiranya kerajaan tegas sejak dahulu, saya yakin tidak akan adanya perbuatan sebegini , punca ialah kerajaan itu sendiri , kerajaan lemah, menteri lemau , hasilnya jadilah pentadbiran dan pentadbir yang hanya layak jadi hiasan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa