Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, November 15, 2015

KESAH GAY BOY YANG SANGAT MENYUSAHKAN MALAYSIA!!!




Hebatkan apabila Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May, Menteri di Pejabat Luar Negara dan Komanwel, Hugo Swire bertanya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai rawatan yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengagumkan apabila terdapat nota daripada Perdana Menteri Britain, David Cameron kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara yang sama. Presiden Unversiti Georgetown juga menulis surat kepada Najib dengan melampirkan dua surat daripada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Susan Rice berhubung perkara tersebut.

Selain itu, Jabatan Penjara pula memberikan kebenaran kepada Anwar untuk mendapat rawatan daripada pakar perubatan Universiti Georgetown AS tetapi perlu menanggung sepenuhnya perbelanjaan membawa pakar-pakar berkenaan ke Malaysia.



Demikian kehebatan dan keistimewaan individu bernama Anwar bin Ibrahim. Beliau hakikatnya hanya banduan biasa yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di salah sebuah bilik kurungan di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat pembantu peribadinya, Mohd.Saiful Bukhari Azlan.

Tiada apa-apa yang aneh apabila beliau dijatuhi hukuman tersebut. Anwar diberikan ruang seluas-luasnya untuk membela diri dalam tempoh cukup panjang dengan dibantu oleh barisan peguam yang dianggap antara terhebat di negara ini.

Sepanjang perbicaraan berlangsung Anwar mengemukakan satu demi satu permohonan sehingga menyebabkan perbicaraan sering tertangguh, tetapi tidak mengapa demi memberi keadilan kepada bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut, mahkamah membenarkan segala tuntutan Anwar dikemukakan.


Ketika kesnya di peringkat rayuan, Anwar bebas ke luar negara, tiada sekatan. Pasport beliau tidak ditahan, biarpun keistimewaan itu sering disalahgunakan dengan mengecam negara sendiri termasuklah di Indonesia. Apabila hukuman dijatuhkan, Anwar dan keluarganya masih belum sedar bahawa beliau adalah bekas banduan yang kembali menjadi banduan, maka sudah tentulah perlu dilayan sama seperti banduan lain.

Tidak kira sama ada seseorang itu bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Menteri, bekas Menteri Besar, bekas Ahli Parlimen apabila sudah diputuskan bersalah oleh mahkamah dan perlu menjalani hukuman penjara maka dia berstatus ‘banduan’!

Anwar perlu hidup seperti banduan lain yang sedang menjalani hukuman di penjara. Beliau dihantar ke Sungai Buloh bukan kerana konspirasi, teori atau ‘tragedi’ tetapi akibat tindakan perbuatan beliau sendiri, justeru kenapa seolah-olah mahu menuntut ‘layanan VIP?

Banduan tetap banduan. Mereka diberi hak untuk menerima kunjungan keluarga pada waktu-waktu ditetapkan. Apabila sakit pihak penjara akan memastikan banduan itu menerima rawatan terbaik di hospital-hospital kerajaan. Tidak payah mengada-gada mahu mendapat rawatan di luar negara, seolah-olah pakar perubatan Malaysia tidaklah sehebat pakar perubatan ‘mat saleh’! 

Tetapi oleh kerana Anwar dianggap antara ‘banduan berada’ terserahlah untuk beliau memanggil pakar asing untuk merawatnya.

Semua kehendak Anwar dituruti, semua permintaan keluarganya dipenuhi, oleh itu apa lagi yang keluarga Anwar mahu? Tidak cukup lagikah dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan terhadap seorang banduan seperti beliau?


Seperkara lagi kenapakah pemimpin-pemimpin kuasa besar seperti Britain dan AS begitu teruja mahu mengetahui nasib banduan seperti Anwar? Kalau benar mahu memperjuangkan hak asasi, ada beberapa orang lagi ahli politik yang kini sedang menjalani hukuman penjara, kenapakah kedua-dua negara itu tidak bertanya keadaan mereka?

Memang benar Anwar bekas Ahli Parlimen, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Ketua Pembangkang tetapi Anwar adalah banduan jenayah bukan tahanan politik! Anwar melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang jenayah di negara ini sebab itulah beliau disumbatkan ke dalam penjara. 

Anwar bukan dianiaya atau teraniaya tetapi beliau yang menganiayai diri sendiri.

Kuasa asing sepatutnya tidak perlu mencampuri urusan negara ini. Janganlah kerana beliau bernama Anwar bin Ibrahim yang mempunyai hubungan cukup akrab dengan mereka, maka apabila dipenjarakan kerana perbuatannya sendiri, kuasa-kuasa asing itu menunjukkan ‘keprihatinan tidak bertempat’.

Apabila sudah bergelar banduan dan berada dalam penjara biarlah urusan menjaga Anwar diuruskan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Penjara. Kita tidak memerlukan tunjuk ajar mana-mana pihak untuk menjaga kesihatan seorang banduan.

Satu perkara yang tidak harus dilupakan, selain isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah, Anwar mempunyai kawan-kawan yang cukup ampuh di Dewan Rakyat. Sudah pasti mereka ini akan mengetengahkan apa juga isu berkaitan keadaan Anwar di penjara biarpun ada sesetengah tuduhan yang dibuat sebelum ini didapati satu pembohongan.

Sebenarnya, sikap ‘prihatin tidak bertempat’ negara asing terhadap Anwar bukanlah perkara baru. Jangan lupa kebiadaban bekas Naib Presiden AS, Al Gore pada 1998 apabila Anwar dipecat, jangan lupa bagaimana keluarga Anwar menjelajah seluruh dunia bagi mendapat sokongan asing untuk memberi tekanan kepada Malaysia apabila Anwar ditangkap.

Justeru sampai bilakah kita mahu negara asing mencampuri urusan negara ini semata-mata kerana Anwar ditahan?

Atas pendirian itu, kerajaan Malaysia perlu bertegas dalam menangani karenah Anwar dan keluarganya. Biarlah mereka hendak meraih simpati sesiapapun yang pasti urusan Anwar di dalam penjara adalah urusan negara ini.

Jangan benarkan Anwar ke luar negara semata-mata untuk mendapat rawatan waima atas belanja sendiri sekalipun. Bayangkan kalau semua banduan yang mempunyai sumber kewangan memberikan alasan minta dirawat di luar negara, apa akan berlaku?

Oleh itu, biarlah apapun orang mahu kata yang penting Anwar adalah rakyat Malaysia yang sedang dipenjarakan di Malaysia atas kesalahan undang-undang Malaysia, maka orang asing adalah lebih baik diam!

Kepada ahli-ahli keluarga Anwar khususnya Wan Azizah dan Nurul Izzah cukup-cukuplah melakukan tindakan yang dilihat atau dianggap bertujuan mencari modal politik. Dalam keadaan apa sekalipun jangan lupa Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.

1 comment:

Anonymous said...

Yg duduk dlm sangkar depan rumah Aljuburi ialah klon. Yg tak disediakan adalah jamban duduk dan peneman tidur. Kesian Aljuburi sakit pinggang "belum baik" sakit bahu, buasir dan sakit jiwa PM datang lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa