Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, October 10, 2015

MASALAH SEBENAR MUHYIDDIN DENGAN 1MDB DIDEDAHKAN!!!???


PENULIS agak tidak faham dengan tingkah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam isu 1MDB.  Entah apa yang dia cuba cari dan entah apa yang dia cuba capai.  Ibarat main bola tapi tiang golnya entah dimana.

Sebelum kena tendang keluar dari kabinet Muhyiddin asyik bising tak faham tentang perkembangan 1MDB – walhal dia adalah anggota kabinet yang sudah dengar macam-macam penjelasan mengenai syarikat berkenaan dari luar dan dalam.  Malah ketika syarikat itu ditubuhkan, Muhyiddin adalah anggota kabinet yang sama.

Bila dah kena tendang keluar dari kabinet, tak nampak lagi Muhyiddin bercakap apa yang sebenarrnya dia tak faham pasal 1MDB, apa pun ulasan Muhyiddin selepas itu adalah ulasan umum.  Tapi asal ada pihak buat kenyataan pasal 1MDB yang tidak berpihak kepada kerajaan, Muhyiddin akan sambut cepat.  Perasan tak?


Ingat, semasa Khairy Jamaludin buat kenyataan mahu isu 1MDB ni diselesaikan segera, Muhyiddin sambut dengan kenyataan medianya tak lama selepas itu.  Terbaru, kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelmarin, tak sampai sejam keluar, Muhyiddin dah siap kenyataannya.

Macam rancang-rancang pun ada, macam tunggu-tunggu pun ada.  Anehnya tu bila semalam pejabat Peguam Negara sahkan siasatan Bank Negara tidak menunjukkan ada pegawai 1MDB yang melakukan apa-apa kesalahan, Muhyiddin tak nak pulak komen, pasal tak berat arah dia agaknya.

Apa sebenarnya yang tak kena dengan Muhyiddin ni?

Penulis bagaimanapun tak nak berspekulasi kerana kita semua tahu sekarang perkara buruk berkaitan 1MDB ini adalah sebahagian konspirasi Tun Mahathir dan rakan-rakannya untuk jatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan, cuma kelihatan macam Muhyiddin sudah jadi sebahagian dari komplot itu.

Kalau ini benar, nasihat penulis, berhentilah buat kerja seperti itu.  Ia tidak membantu UMNO sama sekali.  Lebih baik Muhyiddin jelaskan apa sebenarnya yang dia tidak faham lagi mengenai 1MDB ini, penulis yakin 1MDB bersedia menjawab semua persoalan tersebut bila-bila masa.  Rakyat masih tertenya-tanya ni, apa masalah sebenar Muhyiddin dengan 1MDB?

Hutang ke? Guna modal kerajaan ke? Atau macam mana?  Kita nak tahu sekarang tapi nampaknya Muhyiddin bukan nak cari penyelesaian tapi  bermain politik yang hanya memanjangkan kekeliruan orang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa