Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, October 02, 2015

DAP ANTI ISLAM HENTIKAN BANTUAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PENANG


Kerajaan DAP Pulau Pinang menghentikan bantuan kepada beberapa sekolah agama rakyat di negeri itu, kata Dewan Ulama PAS Pusat.

Sambil meminta penjelasan lanjut dakwaan bantuan bahawa ada bantuan untuk sekolah agama rakyat yang ditarik balik daripada beberapa buah sekolah rakyat milik persendirian ahli-ahli PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beberapa buah sekolah agama persendirian itu telah mendapat bantuan tahunan sejak beberapa tahun yang lalu tetapi akhir-akhir ini bantuan mereka telah dihentikan.

Bahkan, katanya surat tawaran bantuan yang telah dihantar ke beberapa buah sekolah terbabit didakwa telah ditarik balik.

Justeru, tegasnya Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan kerajaan DAP dan PKR Pulau Pinang agar jangan bertindak seperti parti pemerintah sebelum ini yang menyekat dan tidak memberi bantuan kepada sebahagian sekolah agama rakyat milik ahli-ahli PAS kerana sentimen politik.

"Tindakan ini memberi mesej bahawa DAP dan PKR yang sebelumnya menjadi pembangkang apabila berkuasa juga menjadi zalim dan tidak memberikan keadilan dan hak terhadap mereka yang tidak sehaluan politik dengan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan media.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa