Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, September 18, 2015

PILIHANRAYA KAMPUS: MAHASISWA PRO KERAJAAN MENANG BESAR!!!


Sehingga lewat malam Khamis kumpulan mahasiswa yang menyokong kerajaan dan menamakan gabungan mereka sebagai Pro-A (Aspirasi) menang besar di kampus-kampus utama seluruh negara.

Kemenangan mengejut ini membangkitkan tanda-tanya banyak pihak kerana kekalahan teruk mahasiswa pro pembangkang yang menggelarkan diri mereka Pro-M di kubu mereka seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pemerhati pilihanraya kampus mengaitkan kemenangan mengejut ini dengan isu nasional terutamanya kesedaran kumpulan majoriti senyap yang selama ini tidak keluar mengundi untuk terlibat dalam pilihanraya kampus kali ini.

"Tempias daripada politik nasional berjangkit di kampus, ramai yang sudah bosan dengan berbagai fitnah pembangkang, anak muda bosan dengan politik sepanjang masa oleh pembangkang kerana itu mahasiswa yang sebelum ini tidak aktif berpersatuan tiba-tiba keluar mengundi, sebagai satu penolakan kepada agenda pembangkang.



"Ini sesuatu yang tidak dijangka oleh kumpulan Pro-M (mahasiswa pro pembangkang), yang merasakan mereka orang muda menyokong berbagai fitnah dan penghinaan kepada pemimpin kerajaan" kata Naib Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia Khaidir Baharuddin.

Menurutnya, beliau merasakan perhimpunan Bersih4 yang ditunjangi oleh parti DAP ketika sambutan hari kebangsaan juga menyebabkan kampus-kampus utama di Lembah Klang terkena tempiasnya.

"Selalunya mahasiswa ini keluar menyambut hari kebangsaan di Dataran Merdeka, itu acara tahunan, tapi kali ini mereka tidak dapat sambut kerana 'politik tidak berkesudahan' DAP melalui Bersih4,ini membangkitkan kemarahan, menjadi serkam yang membakar di hati golongan muda terutamanya kaum Bumiputera yang majoriti di kampus-kampus utama.

Jelas Khaidir, kali terakhir mahasiswa pro kerajaan di kampus utama Lembah Klang adalah pada 2006.

"Selepas 2006 walaupun secara keseluruhan Pro-A menang lebih banyak kerusi tetapi mereka tidak berjaya menguasai kampus-kampus utama seperti UM, UKM dan UIAM," katanya yang pernah terlibat secara langsung dengan gerak kerja pilihanraya kampus Pro A.

Bagaimanapun, Khaidir memberi amaran, jika Pro-A mempersia-siakan kemenangan besar mereka kali ini, mereka mungkin akan dihukum lebih teruk lagi pada tahun depan.

"Kebimbangan saya selepas melihat kemenangan besar (Pro-A) ini adalah keupayaan untuk melaksanakan janji-janji, musuh (Pro-M) memerhatikan saja, dan jika mereka silap langkah, sebelum tahun pilihanraya umum, mahasiswa pro pembangkang akan menggunakan kesilapan mereka untuk tahun ini bagi menguasai kampus dan mengisytiharkan sokongan kepada parti pembangkang,"ujarnya yang 'arif' dengan percaturan politik mahasiswa ini.  

Untuk rekod, untuk penggal 2015/2016, mahasiswa Pro-Aspirasi (Pro-A) menang di UKM 26 dari 31 kerusi, Penggerak Mahasiswa (Pro-A) menang di UM 32 dari 40 kerusi, USM 28 dari 46 kerusi, UIAM 12 dari 23 kerusi, UPSI 23 dari 29 kerusi.

Manakala di kubu Pro-A UiTM menang semua 48 kerusi dan di UNISZA Terengganu menang semua 28 kerusi.

"Secara keseluruhan dari 199 kerusi yang telah dipertandingkan Pro-A menang 199 dan mahasiswa pro pembangkang atau Pro-M menang 46 kerusi. Dari segi peratus dari kampus yang dipertandingkan Pro-A menang 81.2 peratus dari 199 kerusi tersebut," ujar satu sumber yang mengetahui perjalanan pilihanraya kampus ini.

Pilihanraya kampus bagi seluruh 20 universiti awam di Malaysia diadakan sepanjang September.

Sehingga kini Pro A menang besar dalam di semua kampus iaitu UKM, UM, UiTM, USM, UPSI, UNISZA.

Antara yang awal mengucapkan tahniah atas kemenangan Pro-A adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Melalui tweetnya, kata Razali "Tahniah kepada Pro-Aspirasi UKM yg telah memenangi PRK UKM. Raikan perbezaan, tingkatkan pencapaian,".

Kumpulan Pro Aspirasi (Pro A) menguasai pemilihan Maljis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 yang dijalankan semalam di universiti seluruh negara.-18/9/2015


Pro-Aspirasi (Pro-Kerajaan) 7 vs Pro-M (Pembangkang) 0

JUMLAH KERUSI DIMENANGI:
UNISZA 28-0  100%
UPSI      23-6    79%
UKM      26-5    84%
UM        34-6    85%
UiTM     48-0   100%
UIAM    12-11   52%
USM     28-18   61%
TOTAL 199-46   81.2%

3 comments:

Gabenor johor said...

tahniah..pray for u..teruskan belajar janfan asyik berpolitik

Anonymous said...

Masih kecewa tiada penglibatan K.J dlm H.R.B. Hebat tak hebat impaknya terbukti sehingga ke IPTA. Syabas! Ini 1 kejayaan besar. Ini satu kesedaran tentang agenda jahat DAP. Dahulu ketika Bersih 1.0 K.J bersama Patriot gagal tarik sokongan. Inilah peluang dia menebus maruah. Di samping menarik sokongan golongan muda yg sedar ini masuk UMNO. Inilah bekalan penting untuk PRU14 nanti.

Harap K.J tak terlalu asyik dengan sukan konon untuk tarik golongan muda tetapi hasilnya entah ke mana. Malah selain F.A.M & B.A.M...K.B.S juga pihak yg sering jadi sasaran makian peminat. Program sukannya langsung tak membantu tarik minat anak muda bersama kerajaan. Nak pujuk pemain badminton berbakat sertai kem latihan B.A.M pun gagal.

RK

Anonymous said...

generasi muda ni.....walau sempoi dan macam tak minat je hal ehwal negara tetapi...mereka bukan bodoh atau boleh dibeli macm Adam adli ke.macm Ustaz yang kena buang tu.... Mereka tahu yang mana intan yang mana kaca.So buat pihak pembangkang Allah tu wujud.so buat lah fitnah banyak2......akhirnya batang hidung kamu jua yang terkena

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa