Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, September 28, 2015

PEMUDA MCA SUDAH MELAMPAU:KJ


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) terpaksa memutuskan hubungan dengan Pemuda MCA Pasir Gudang sekiranya mereka bertegas dengan pendirian untuk memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu diambil selepas mendapati tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang tidak wajar, keterlaluan dan melampau.

“Kita boleh mempunyai pandangan berbeza dengan parti tetapi saya melihat pendirian MCA Pasir Gudang itu adalah tidak wajar dan keterlaluan kerana sebagai parti komponen dalam BN, kita tidak boleh memutuskan hubungan dengan kepimpinan parti.


“Memang Pemuda BN tidak boleh mengambil tindakan disiplin atau menggantung keahlian ke atas MCA Pasir Gudang dan parti-parti komponen lain sebab kita gabungan, namun jika mereka masih bertegas dengan pendirian yang sama, kita terpaksa putuskan hubungan dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Larian Walk A Mile ke-14 Sempena Hari Jantung Sedunia di Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Baru-baru ini, MCA Pasir Gudang mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan Najib susulan sokongan Perdana Menteri terhadap Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.

Ketua Pemuda MCA bahagian itu, Chia Chow Hui berkata, himpunan yang diadakan pada sambutan Hari Malaysia itu telah menghancurkan keharmonian kaum masyarakat majmuk di negara.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, pihak kepemimpinan tinggi UMNO akan menunggu laporan polis terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos atas tindakannya yang cuba menganjur perhimpunan Baju Merah di Petaling Street, di sini semalam.

“Buat masa ini, saya tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat tindakan Jamal itu.

“Sekiranya siasatan pihak polis mendapati berlaku kes jenayah, kepemimpinan parti akan mengambil tindakan susulan terhadap beliau selepas itu,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Kenapa dan bagaimana MCA makin melampau...??? Siapa puncanya...???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa