Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, August 17, 2015

SIAPA 37 AHLI PARLIMEN YANG MAHU GULING KERAJAAN???


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan satu daripada Bebas.

“Bukti yang ada pada saya adalah bukti surat aku janji (akuan bersumpah) disiapkan untuk ditandatangani, bukan sahaja oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang, satu daripada Bebas dan mereka mensasarkan 37 daripada Ahli Parlimen BN. Saya tidak akan biarkan hal ini terjadi,” katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jempol di sini hari ini.

Dalam ucapannya itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO memberi amaran kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa beliau sengaja mereka cerita komplot menggulingkan kerajaan serta kewujudan dokumen akuan bersumpah.



“Mahfuz jangan celupar. Jaga baik-baik mulut. Jangan buat analisis sendiri. Saya ada bukti, saya ada dokumen mengenai kamu (Mahfuz). Kalau saya hendak ambil tindakan, boleh. Jangan cabar saya.

“Saya tahu hendak buat macam mana. Saya bukan menyalahgunakan kuasa, tetapi jangan mempertikaikan kemampuan Kementerian Dalam Negeri dalam memperoleh maklumat yang sahih dan sah. Ini bukan soal politik yang boleh dianalisis dan dipertikaikan,” tegasnya.

Terdahulu semasa merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tampin di Dewan Bandaran Tampin, Zahid berkata, pemimpin UMNO yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan serta menjatuhkan pemimpin negara kini telah kembali sedar daripada hasutan dahsyat itu.

Katanya, pemimpin terlibat itu dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 6 petang ini bagi menjelaskan pendirian mereka.

“Saya tegaskan maklumat yang saya peroleh ini adalah sahih, bukan maklumat tepi jalan. Maklumat ini saya peroleh daripada individu yang hadir dalam mesyuarat itu sendiri,” jelasnya.

Zahid berkata, jika beliau tidak timbulkan perkara itu, lebih ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan ‘dibeli’ untuk tujuan tersebut.

“Saya timbulkan perkara itu kerana saya ada bukti. Kalau saya tidak lakukan dari sekarang, mungkin lebih ramai Ahli Parlimen BN telah dibeli dengan menandatangani aku janji tersebut,” tegasnya.

Zahid berkata, memang ada rancangan meminta Ahli Parlimen BN supaya ‘menyeberang’ dan bersama dengan pembangkang melalui cara menandatangani surat akuan bersumpah untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

“Ya, saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita.

“Saya tidak boleh sebut nama, tetapi maklumat dan rancangan jahat itu adalah betul. Ini bukan cubaan, tetapi ini adalah betul-betul,” jelasnya.

Katanya lagi, beliau tidak perlu mendedahkan individu yang terlibat kerana orang berkenaan akan timbul dengan sendirinya kelak.

Sambil merujuk kepada kisah Abu Nawas yang mencuri wang dan menanamnya tetapi meletakkan tanda ‘tidak ada wang di sini,’ Zahid menjelaskan, walaupun beliau tidak pernah menyebut nama individu dalam rancangan tersebut tetapi telah ada penafian yang dibuat.

“Saya tidak pernah suruh sesiapa menafikan, baguslah kalau tidak terlibat,” katanya.

Utusan

7 comments:

Anonymous said...

bukan rahman dahlan dah mengaku. bukan gulingkan kerajaan pun.
nak jatuhkan najib je. kerajaan masih BN.

yang dok bising jatuhkan kerajaan ni orang berkepentingan dalam kabinet yang takut hilang jawatan je.

Anonymous said...

zahid ni sembang lebat.

kalau ada bukti kukuh salah laku mahfuz, tangkap dan dakwa je lah. kenapa nak simpan? apa tujuannya?

tak mendakwa orang bila kita ada bukti salah laku, itu penyalahgunaan kuasa la tu zahid.

kau ni degree berlapis lapis. tapi bodoh tetap bertingkat tingkat.

kau beli PhD ke?

Anonymous said...

Eleh tersasul peribahasa sikit kau dah kecoh.Ahjib putar sana putar sini sampai libatkan puluh2 billion kau angguk aje.Zahid spin cakap gerakan nak jatuhkan tuan dia sbg gerakan nak jatuhkan kerajaan pun korang ikut bulat2.Aku ingat orang tak sekolah aje yg bodoh rupa2nya org makan gaji tulis blog ni lagi dol.Betullah kata bijak pandai..duit boleh beli maruah dan harga diri..najib kata cash is king!

Anonymous said...

haha sorilah geng..wa sudah salah post..yg first ttg peribahasa tu ko boleh abaikan,yg lenlain tu relevan kalau kau sokong ahjib

Anonymous said...

haha sorilah geng..wa sudah salah post..yg first ttg peribahasa tu ko boleh abaikan,yg lenlain tu relevan kalau kau sokong ahjib

Anonymous said...

Kau percaya tin kosong tu? Kenapa lah bangang tak tau bezakan antara jatuhkan PM yang ak kompeten dgn tukar kerajaan...

Anonymous said...

Jom kita,buat repot polis twrgadap zahid hanidi..tk kiralah dia sapa tpm ka haoah ka....sb statement dia kpd mahfuz ...dia ada bukti ttg mahfus,dan ugut utk ambil tindakan...ini membawa,maksud mahfys ada kes yg sedang disuasat dan zahid sengaja,tidak ambil tindakan...tak gitu...oh..tindakan berpilih pilih ka no...ka satu lg meriam karbide meletup...dok sembang gah merata tp kosong...zahid....mu tu tpm...jgn buat show lawak.....kot nnt org bokak kes kamu zahid....pijior le mcm org yg p sekolah...ni kalah pakpandior...ptuuuih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa