Hakikatnya semua parti menerima derma atau sumbangan untuk menggerakkan jentera parti masing-masing. Baik UMNO, DAP, PKR, PAS malah NGO-NGO turut menerima sumbangan. Adakah sesiapa hendak menolak hakikat ini? Hanya anda hendak isytihar atau tidak? atau anda akan dikoreksi atau tidak? Mungkinkah ada parti lain menerima lebih daripada RM2.6 Billion?
1. NGO seperti BERSIH mengaku menerima dana dari NDI (National Democratic Institute) sebuah link NED (National Endowment for Democracy), satu projek NGO pro-Yahudi Israel berpangkalan di Amerika Syarikat. Tujuan NED dan NDI sebagaimana tercatat adalah untuk program-program menentang kerajaan melalui student's demontration, street demonstration dan labour strikes.
Isu yang tidak dijelaskan ialah berapakah mereka menerima dana daripada rangkaian NED/NDI sejak BERSIH 1.0 sehingga BERSIH 4.0? Di manakah dana itu dibank-in? Tiada laporan khusus mengenainya, kenapa tidak koreksi! Sudah tentu jumlahnya tidak sedikit!
2. Portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini semasa mula-mula ditubuhkan juga menerima dana dari rangkaian NED dan OSI kata wartawan veteran Y.L. Chong di sini. Juga tidak dijelaskan jumlah sepenuhnya.
3. Kerajaan Pulau Pinang juga menerima derma daripada pihak tertentu seperti ini. Ada yang diketahui umum dan ada yang tidak diketahui? Juga tidak dijelaskan jumlah sebenar.
4. Adakah masuk akal DAP dan PKR tidak pernah menerima derma politik semasa PRU13 dan PRU-PRU yang lepas? Isunya serupa, di mana wang itu dibank-in? Adakah dalam akaun parti atau akaun peribadi atau akaun atas nama Presiden parti? Belum ada sesiapa mendedahkan jumlahnya? Dan para penyumbang juga tidak mahu nama mereka dan jumlah derma mereka disebut-sebut. Mereka mahu merahsiakannya.
Dalam PRU13 yang lalu, semua pihak menyebutnya sebagai pertarungan paling hebat di Malaysia di antara BN vs PR. Maka sudah pasti kedua-dua parti ini memerlukan dana yang besar untuk menggerakkan jentera masing-masing.
Dana Politik UMNO
Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN perlu mencari derma untuk menggerakkan parti di peringkat negeri, bahagian, cawangan dan kampung-kampung. UMNO bukanlah parti yang kaya.
Walaupun UMNO memerintah kerajaan persekutuan, tetapi UMNO tidak ada kuasa menggunakan wang kerajaan untuk menjalankan aktiviti parti. UMNO adalah parti politik. UMNO kenalah mencari sendiri sumber kewangan mereka. Siapakah yang patut berusaha mencari?. Tak kanlah Ketua Bahagian atau calon pilihanraya yang mencari. Mereka sendiri tidak mempunyai wang yang cukup untuk menggerakkan jentera parti di peringkat bahagian dan cawangan.
Wang Kerajaan
Manakala, wang dalam kerajaan adalah wang amanah yang diuruskan oleh kerajaan. Wang amanah ini adalah wang untuk disalurkan kepada seluruh rakyat jelata dan seluruh kawasan tanpa mengira fahaman politik. Wang dalam Kerajaan sangat susah disalahguna, jika bahagian gaji atau bahagian pembangunan atau mana-mana bahagian membuat kesilapan dan berjaya dikesan oleh Jabatan Akauntan Negara, wang yang disalahguna itu mesti dikembalikan semula kepada pihak kerajaan.
Pernahkah anda membaca Laporan Audit Negara kononnya terdapat mana-mana jabatan kerajaan menyalurkan wang kepada parti-parti politik untuk kegunaan jentera politik? Tiada bukan.
Namun begitu, mana-mana parti politik atau NGO boleh memohon kepada mana-mana jabatan kerajaan permohonan sumbangan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan, kampung yang memerlukan bantuan dan NGO yang hendak melaksanakan program tanggungjawab sosial. Terpulang kepada jabatan masing-masing untuk memutuskan bentuk bantuan yang diperuntukkan di dalam peraturan sedia ada. Tetapi untuk tujuan direct ke kantong parti tidak mungkin.
Dibelanjakan
Berbalik kepada dana pilihanraya. Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN seluruh Malaysia. Tiap-tiap parti politik memerlukan wang untuk menggerakkan jentera mereka seperti membayar yuran iklan di akhbar, media internet, sewa kenderaan, sewa dewan atau hotel. Malah pelbagai perkhidmatan lain seperti telefon, poster, makan-minum malah tambang pengundi sepanjang dua minggu kempen perlu dibantu.
Terdapat pengundi yang tidak mempunyai wang untuk pergi mengundi, mereka memerlukan wang untuk membayar pengangkutan, makanan dan sebagainya. Terdapat kes pengundi bergaji hari dengan syarikat swasta perlu diganti gaji hari mereka. Pendek kata, segala-galanya perlu dibayar kepada sekecil-kecil perkara.
Pemimpin-pemimpin UMNO memahami semua masalah itu dan memberikan mereka bantuan tunai sama ada mereka mengundi UMNO atau tidak. UMNO tidak mahu mereka susah. Kepada yang kaya dan berkemampuan sememangnyalah memandang sinis sumbangan itu. Tetapi kepada orang kampung dan yang memerlukan, ianya sangat dihargai.
UMNO di seluruh bahagian sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan berterusan. Mereka perlu membayar sewa bangunan, gaji dan elaun kakitangan pejabat, bil utiliti di samping sumbangan derma setiap hari kepada masyarakat yang memerlukan. Ahli-ahli atau penyokong atau bukan ahli UMNO tidak semuanya senang, ada yang tidak bekerja ada yang hidup sebatang kara, mereka memerlukan bantuan setiap masa.
UMNO seolah-olah sebuah badan kebajikan di mana semua orang datang kerana memerlukan bantuan. Mereka berfikiran wakil rakyat UMNO atau Ketua Bahagian UMNO kaya-raya belaka. Ini adalah tanggapan yang salah. Namun, mahu atau tidak mereka kena bersedia wang tunai di dalam poket mereka kerana mana tahu tiba-tiba rakyat datang memerlukan bantuan wang tunai. Kecemasan tidak boleh dijangka.
Tugas Penting Presiden
Maka tugas penting Presiden parti adalah berusaha mencari dana untuk memenuhi permintaan yang tidak pernah berhenti.
Maka, jika anda bertanya ke mana wang RM2.6 billion itu dibelanjakan? Jawapannya sangat mudah, ianya disalurkan kepada seluruh bahagian di seluruh negara. Ianya disalurkan kepada seluruh wakil rakyat supaya rakyat di kawasan mereka menikmati bantuan yang diperlukan. Kadangkala projek pembangunan dari Kerajaan sangat lewat kerana terlalu banyak birokrasi seperti prosedur (peraturan) dan kajian. Walhal rakyat mahu cepat. Rakyat tidak mahu tahu apa itu birokrasi, mereka mahu bantuan sesegera.
Wang dana politik itu tidak statik di akaun Perdana Menteri. Apabila Perdana Menteri menyatakan ianya masuk ke akaun Perdana Menteri bukanlah bermaksud akaun peribadi DS Najib sebagaimana akaun bank harian kita. Ianya hanyalah akaun yang bernama akaun Perdana Menteri. Sesiapa akan menjadi Perdana Menteri akan mewarisi wang itu. Jika esok Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri, Lim Guan Eng boleh menandatangi cek akaun Perdana Menteri untuk keperluan rakyat. Seringkali rakyat datang memerlukan sumbangan serta-merta. Kerajaan tidak mempunyai wang dalam bentuk tunai segera jika terdapat keperluan segera dan mendesak oleh rakyat.
Seperti kata Profesor Ramlah Adam (UniMAP), 'tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan menerima derma itu perbuatan salah. Namun, perbuatan itu menyalahi undang-undang jika sumbangan derma itu bagi mendapatkan balasan seperti pemberian tender projek. Menurut Ramlah, jika penderma menyatakan sumbangan diberi atas dasar peribadi sekaligus membuktikan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan'.
No comments:
Post a Comment