Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, July 27, 2015

TIGA ADUN PAS DILUCUT JAWATAN EXCO SELANGOR???!!!


TIGA Exco Pas dalam kerajaan PKR Selangor, iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib mungkin sudah boleh berkira-kira untuk mengemas pejabat masing-masing yang terletak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Ini kerana khidmat mereka mungkin tidak diperlukan lagi apabila PKR dan DAP bakal menubuhkan pakatan pembangkang baharu yang akan disertai oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri pun secara terbuka menyatakan yang Pas tidak akan dilibatkan langsung dalam pakatan baharu tersebut atas alasan menjadi punca 'kematian' pakatan pembangkang sebelum ini.


Lagipun, jawatan ketiga-tiga mereka boleh diisi oleh wakil rakyat Pas yang telah melahirkan kesediaan untuk lompat parti dengan menyertai GHB iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib atau mana-mana ADUN dari PKR mahupun DAP.

Sekiranya kesemua kemungkinan ini menjadi kenyataan maka Iskandar, Ahmad Yunus dan Zaidy sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Buat apa mereka berharap lagi kerana ketiadaan wakil rakyat Pas sekali pun tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan PKR Selangor sedia ada.

Dengan 13 kerusi PKR dan 15 kerusi DAP ditambah dua kerusi GHB (ADUN Morib dan ADUN Hulu Kelang) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Bagaimanapun, bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Jeffrizal Jaafar, sekiranya Mohamed Azmin Ali menggugurkan ketiga-tiga Exco Pas terbabit dan menggantikan dengan 'geng GHB', maka Menteri Besar Selangor itu telah mengkhianati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"GHB merupakan satu cadangan parti baharu bagi menggantikan Pas kerana perselisihan antara Pas dengan DAP. Tetapi GHB bukanlah satu parti yang wujud sewaktu PRU-13 yang mendapat mandat daripada rakyat Selangor. Azmin tidak boleh membelakangkan rakyat yang memilih Pas sebagai sebahagian daripada parti yang mewujudkan penubuhan kerajaan negeri pasca PRU-13.

"Menteri Besar tidak boleh bermain silap mata dengan menggantikan Pas kepada GHB demi mengekalkan tubuh kerajaan negeri. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada Pas," katanya.

Sewajarnya, katanya, Azmin membubarkan kerajaan negeri dan menyerahkan semula kepada rakyat bagi memberi mandat baharu kerana rakyat sudah serik dengan Langkah Kajang dan krisis Menteri Besar Selangor sebelum ini yang menyaksikan mereka dihidangkan dengan drama politik.

"Sepatutnya Menteri Besar memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat seperti menarik pelaburan jangka panjang bagi melonjak perolehan negeri seterusnya menyalurkannya kembali kepada rakyat. Atau mencari jalan penyelesaian terhadap isu air," ujarnya.

Jika Pas masih merasakan mereka mempunyai tanggungjawab untuk memikul amanah rakyat, mungkin suda tiba masanya untuk merealisasikan penubuhan kerajaan bersama UMNO-Pas di Selangor yang pernah dicadangkan oleh penganalisis politik, Profesor Dr. Azizul Halim Yahya sebelum ini. 

Mereka boleh melantik bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini merupakan wakil rakyat Bebas sebagai Menteri Besar yang baharu untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri bersifat neutral.

Gabungan sebegini pernah dibuat oleh Parti Perikatan sebelum ini dan berjaya hingga negara mencapai kemerdekaan. Namun, Pas dengan 13 kerusi DUN (selepas dua wakil rakyat sertai GHB), UMNO 12 dan Bebas satu kerusi, belum cukup bagi mencapai majoriti mudah. Gabungan ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu. 

Yang menjadi persoalan, siapa dari PKR atau DAP yang sanggup menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dengan lompat parti dan menyatakan sokongan kepada gabungan kerajaan bersama tersebut? Atau senario politik yang 'panas' ini akan kembali dingin apabila GHB dikatakan tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Seperti kata Iskandar yang merupakan Naib Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Selangor, beliau tidak hairan jika pelancaran parti baharu yang diasaskan oleh GHB pada 14 September ini ditangguhkan sekali lagi selepas tertangguh sebanyak dua kali.

Malah beliau juga tidak terkejut jika penubuhan parti baharu itu dibatalkan dan kumpulan itu hanya bergerak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Walau apa pun, kita tunggu dan lihat sahajalah bagaimana mana berakhirnya permainan politik pakatan pembangkang ini.

2 comments:

Anonymous said...

Tepat dan jitu pendapat anda.tak perlu komen banyak2.

Anonymous said...

GHB tidak pernah mendapat mandat rakyat dan belum tentu orang Islam akan memilih pemimpin parti yang ternyata berkiblat kepada tokong DAP. Cuma orang Melayu yang cetek akal sahaja yang sangup menjadi hamba kepada pemimpin DAP. Tidak susah untuk mengenal pasti pemimpin Melayu yang sanggup untuk menjadi barua kepada tokong DAP ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa