KUALA LUMPUR - Dalam sidang media khas bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, beliau tidak rasa terancam dengan kedudukannya di dalam UMNO.
Beliau juga menasihati para penyokongnya agar tidak mengambil tindakan di luar batasan yang akan menyebabkan perpecahan.
Baginya, apa yang menimpanya semalam bukan masalah yang besar kerana beliau lebih mementingkan rakyat dan parti.
Mengulas mengenai rombakan Kabinet baru itu, Muhyiddin berkata beliau pernah bertanyakan pada Najib sama ada beliau 'terlibat' dalam rombakan itu, namun Najib tidak memberikan jawapan yang jelas.
"Saya tanya dia (Najib), adakah saya dipanggil kerana saya terlibat dengan rombakan? Dia jawab 'Ya'. Saya tanya adakah saya tidak tersenarai? Dia susah nak jawab tetapi mengangguk," katanya.
Apabila ditanya mengenai ucapan kontroversinya Ahad lalu, Muhyiddin menjelaskan, beliau mengakui telah menerima Facts Sheet berkenaan 1MDB. Namun, fakta yang dinyatakan dalam dokumen itu tidak memadai.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengkritik tindakan Muhyiddin yang menyerangnya secara terbuka mengenai isu 1MDB menyebabkannya terpaksa mengambil tindakan mengugurkan Muhyiddin dari Kabinet. Tindakan Muhyiddin itu juga dilihat senada dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.
Namun, bagi Muhyiddin, nasihat yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri itu perlu diterima secara terbuka dan ambil yang mana bersesuaian.
"Nasihat Tun Dr Mahathir kita lihat mana yang sesuai. Kita perlu terbuka dalam menerima pandangan," jelasnya.
Muhyiddin menegaskan, jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO adalah amanah rakyat dan akan terus dilaksanakan.
"Banyak orang yang masih terkejut. Saya adalah orang yang bertanggungjawab, maka saya perlu lakukan tugas dengan amanah.
"Saya akan terus bekerjasama dengan Najib yang memang menjadi tugas saya untuk membantu Presiden UMNO," katanya.
5 comments:
Masalah no.1 UMNO adalah pro Tun Mahathir. Kelompok pendesak yg berakar umbi dalam UMNO sendiri. Mereka ini terdiri dari kelompok oportunis yg mahu naik melalui saluran mantan PM. Gerakan ini bukan baru malah jenteranya sudah wujud sewaktu PAU yang lepas. Mereka bukan calang2 pasukan terdiri dari golongan pro dan pengamal media sosial berpengaruh walaupun jumlahnya tak begitu besar. Masalah kelompok ini mereka ada ego yang tinggi dan suka merendah rendahkan kemampuan politik orang lain walaupun bacaan politik mereka sering jauh tersasar. Saya pernah cuba menyokong mereka tetapi saya rasa meluat dengan gaya mereka. TS Muhyiddin antara anta individu yang terpengaruh dengan kelompok ini dan pengguguran TS Muhyiddin sudah pasti mereka akan pergunakan isu ini utk tarik sokongan. Saya sering tertanya apakah sumbangan terbesar kelompok ini terhadap UMNO yang membolehkan mereka bertindak sesuka hati? UMNO tak perlu goyah apabila berhadapan opurtunis seperti ini walaupun pada masa yang sama perlu hati2 dan cepat bertindak apabila tuduhan dilemparkan. Mereka ini gopoh dan banyak buat silap mirip Rafizi Ramli.
PS : cakap tentang Rafizi persoalaan saya adakah dia ada kena mengena dengan gerakan ini? Manalah tahu taiko DAP nak sponsor kihkihkih... Maklumlah Tun Mahathir sudah lanjut usia mungkin dia tidak menyedari mainan dalaman kelompok ini.
- abang soda
Bersyukur Tan Sri nak bekerjasama dengan Presiden..mudah2an UMNO akan terus kuat dan menjadi tulang belakang orang melayu..Insyaallah.
Banyak yg Tun M nak, Najib dah buat.
Dia mengarahkan siasatan terperinci dilakukan..ini yg Tun M nak kan?
Lepas tu kenapa terus menuduh Najib.
Mana boleh Najib jawab dari A- Z...tunggulah hasil siaatan
Saya berpendapat, Muhyiddin kurang cerdik berpolitik
Mungkin dia tak faham apa tugas sebagai Timbalan PM
Boss dia adalah Najib dan bukannya Tun M
Apa apa pun, dia kena jujur dan membantu Najib bukan menikam.
Tun M tu bagus sgt ke???....
Terharu dgn kesediaan muhyiddin utk terus membantu najib. Harapan saya rakyat biasa melayu terus bersatu.. bukan jatuh menjatuhkan yg akhirnya bangsa lain ambil kesempatan.
Terharu dgn ucapan exTPM TSMY...dia redha dgn pgguguran tersebut dan akan terus bersama dgn penyatuan umno demi bangsa, agama dan negara.
Kpd para penyokong, tak perlulah melatah krn sejarah lalu perlu dijadikan pedoman.Tiada individu yg kekal selain parti dan jatuh bangunnya parti terletak pada semua.Najib pun tidak tahu nasib dia slps ini.Cuma kita doakan agar negara kita aman, makmur dan sentosa.
Kpd para orportunitis dlm umno...bersabarlah krn kita sebagai org Islam yakin dgn qada n qadar Allah swt.Buat apalah melatah dan meroyan krn keinginan dan kemahuan kita tak kesampaian.Cukup2lah ketika zaman 1998 dulu apabila terdesaknya kita nak naikkan dsai.Bersabarlah dan tumpu pada penyatuan dan pemgukuhan parti dan kestabilan negara.
Klu rasa prestasi najib tak memuaskan, biar kita gugurkan dia dgn cara terhormat dlm pemilihan parti.Rasa2nya dia pun akan senada dgn tsmy jika kalah atau tidak memegang lagi jwtn pm.Biar cara berhemah dpd berpecah dan bergaduh sehingga akhir hayat.Satu kesyukuran ialah tiada/kurang sekali sesama Islam umno dan pas mengutuk sesama sendiri ketika plg beraya yg lepas.Terima kasih kpd kedua2 pihak yg berusaha menyatukan agama wlpun berlainan prinsip kepartian.Jauh sekali suasananya ketika zaman tun mahathir dulu.
Kepada tsmy...kita berharap tiada rasa permusuhan antara ahli slps digugurkan dan berdoa agar dpt menyatupadukan parti, bangsa, agama dan negara.Hanya Allah swt yg mampu membalasnya.
Post a Comment