Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, June 13, 2015

NIK ABDUH CAKAP DAP KOMUNIS TAK JANTAN!!!


Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz tidak tunggu lama untuk mengambil sikap selepas partinya bertalu-talu diserang pemimpin DAP.

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas itu memperlekehkan kejantanan DAP apabila dilihat 'tidak mahu berpisah' dengan PAS.

Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz yang menyifatkan hubungan PAS-DAP seperti suami isteri berkata DAP seolah-olah tidak yakin untuk melafazkan cerai.

"Kalut sungguh DAP ni.. naik heran saya.

"Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik dok tekan PAS je supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak lafaz cerai terhadap PAS.

"Saya jadi perasan DAP ni perempuan, PAS jantan la pulak. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh tu..


"Come on la DAP.. jadilah jantan juga. Pilih, be gentleman, cool macam PAS or berterus terang je.. tolak PAS. Jangan buat perangai tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. Tak pasal-pasal si anak dara @ PASMA tu kena kutuk," katanya memetik posting di laman facebooknya.

Reaksi Nik Abduh itu dipercayai sebagai kritikan terhadap serangan DAP yang tidak henti-henti selepas parti Islam itu meluluskan usul membatalkan hubungan dengan DAP.

Usul berkenaan tidak disenangi oleh pimpinan DAP sehingga mendesak wakil PAS di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang meletak jawatan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya.

"PAS Pulau Pinang memang sudah bersedia, dulu pada tahun 1977, berlaku darurat di Kelantan apabila PAS ditendang keluar oleh BN (Barisan Nasional), semua pemimpin PAS melepaskan jawatan, tidak ada masalah... bukan sayang pada jawatan.

"Saya juga ingin nasihat kepada Guan Eng jangan ajar kita, kita (PAS) tahu apa hendak buat. Kalau betul-betul putus, kita akan keluarkan arahan melepaskan jawatan," katanya.

Mohd Amar berkata pada masa ini, Majlis Syura Ulama belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan hubungan kedua-kedua parti itu dan dijangka majlis tersebut akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat.

"Sekarang orang baru bincang kata hendak cerai, bukan cerai lagi, kalau bercerai selesailah cerita," katanya.

Dewan Ulama PAS sebelum ini sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Mohd Amar turut mengakui anggota Majlis Mesyuarat Negeri di Pulau Pinang dikuasai oleh DAP, namun parti itu perlu sedar kemenangan yang dikecapi mereka adalah sumbangan PAS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa