Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 04, 2015

NURUL IZZAH ANUT AGAMA HINDU UNTUK PANCING UNDI DI PRK PERMATANG PAUH


Permatang Pauh – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini mengemparkan para pengundi di Permatang Pauh apabila menyertai upacara keagamaan di salah sebuah kuil Hindu di Prai.

Paling mengejutkan apabila anak kepada Anwar Ibrahim itu turut kelihatan seperti memberi hormat kepada dewa masyarakat hindu di kuil tersebut.



Gambar Nurul bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer itu kemudiannya dimuat naik di media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

Penguna media sosial kemudiannya mengecam tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai usaha terdesak pimpinan PKR bagi memancing undi masyarakat India di Permatang Pauh.

SuaraTV walau bagaimanapun gagal menghubungi ahli parlimen Lembah Pantai itu bagi mendapatkan pengesahan berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu Nurul melahirkan kebimbangan PKR untuk mempertahankan kemenangan di kerusi 

Parlimen Permatang Pauh berhubung isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan parti Pas.

Nurul mengakui parti itu berhadapan dengan laluan sukar khususnya ketika berhadapan dengan ahli dan penyokong PAS.

“Ini bukan suasana yang mudah buat Pakatan Rakyat…kita terima.

“Terutamanya sejak jawatankuasa mengenai hudud diwujudkan sejak lebih setahun lalu, banyak perancangan bagi memecah-belahkan (Pakatan Rakyat) dibuat sejak awal,” katanya memtik laporan mStar Online.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan PKR berhadapan protes menerusi undi rosak di kalangan pengundi PAS yang kecewa dengan pendirian PKR berhubung hudud.

Malah isu hudud menjadi polemik di kalangan PAS dan PKR apabila  kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil keputusan untuk memboikot kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh.

Bagaimanapun kedua-dua entiti berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk membuat ‘pusingan U’ dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, jentera PKR digesa supaya memastikan jumlah keluar mengundi pada 7 Mei ini adalah tinggi demi kemenangan Pakatan Rakyat.

“Isu utama ialah memastikan semua pengundi keluar mengundi. Jumlah keluar mengundi adalah elemen terpenting, kemungkinan hari bekerja akan jatuh sedikit.

“Maka kita laksanakan tugasan untuk mendapatkan undi sebanyak mungkin daripada semua kumpulan,” katanya.--SuaraTV

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa