Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, April 26, 2015

PERLANTIKAN NAJIB RAZAK IKUT UNDANG-UNDANG


SELAIN proses seperti termaktub dalam perlembagaan, tidak wujud bukti ada individu  selain Yang Dipertuan Agung dan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Paklah) yang terlibat dalam proses perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Datuk Seri Najib ialah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu dan bila Paklah meletakkan jawatan atas prestasi buruk BN pada PRU2008, secara automatik Timbalan akan ambil alih.  Ini memang proses tradisi zaman berzaman macam itu.


Empat Perdana Menteri meletakkan jawatan, Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Paklah sendiri, semuanya diganti oleh Timbalan masing-masing pada waktu itu.

Sesiapa pun boleh dakwa dia terlibat dalam perlantikan Datuk Seri Najib tapi tidak terdapat dalam mana-mana perkara dalam perlembagaan kita bahawa satu orang boleh tentu siapa jadi Perdana Menteri sebab prosesnya panjang dan melibatkan ramai orang.

Perdana Menteri juga perlu dapat undi keyakinan di Parlimen (vote of confidence) selain perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung sendiri – dengan apa satu orang boleh buat dalam proses ini?  Selain itu, yang paling penting sekali, sebagai orang Islam juga kita perlu percaya kepada takdir dan ketentuan Tuhan.

Besar mana pun kita, tinggi mana pun yang kita rasa dan berapa billion pun anak-anak dan kroni-kroni dibelakang kita ada, tak boleh lawan prinsip asas itu.

Jadi kalau ada satu manusia dakwa dia seorang sahaja boleh tentu siapa Perdana Menteri, itu kelihatannya macam nak mendahului ketentuan Tuhan dan melanggar segala proses yang termaktub dalam perlembagaan negara kita.

Elok mansuhkan saja perlembagaan, hapuskan sistem demokrasi dan lantik orang ini jadi kuasa tunggal, apa kata dia itu undang-undang, apa kata dia, itu perlembagaan.

Siapa setuju?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa