WAH...
SEMAKIN KE HADAPAN MELAKA...
ADA SAHAJA PROJEK DAN IDEA BARU...
SEMUANYA DEMI MELAKA TERCINTA...
SUPAYA MELAKA LEBIH DIKENALI..
BUKAN SETAKAT DALAM NEGARA...
TAPI TERKENAL SATU DUNIA..
SEMOGA ALLAH RAHMATI DAN BERKATI MELAKA...
PEMIMPIN TERUS BEKERJA DAN BERJAYA..
PALING PENTING...
DON'T MESS WITH MELAKA!!!
JPX
MELAKA - Melaka bercadang membina sebuah menara telekomunikasi antara yang tertinggi di Asean untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan dan bagi mempertingkat keupayaan liputan komunikasi.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, pihaknya akan meminta Melaka ICT Holdings menyediakan kertas cadangan dalam tempoh dua minggu mengenai reka bentuk, spesifikasi serta lokasi yang diperlukan.
"Projek ini sesuatu yang kena pada masanya dan bakal menjadi mercu tanda Melaka dan kita mencadangkan supaya menara setinggi 186 meter ini menjadi menara telekomunikasi tertinggi di Asean," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.
Idris berkata, kerajaan negeri turut bercadang membuka semula permohonan kepada kerajaan persekutuan untuk membina lebuh raya pantai bagi mengurangkan kesesakan.
Beliau berkata, lebuh raya tersebut dicadang dari Telok Mas hingga Kuala Linggi.
"Kita sudah arahkan Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek untuk membuka kembali fail permohonan lebuh raya pantai ini," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment