Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 25, 2015

KENAPA CINA KAFIR HARBI DAP KOMUNIS BERSUNGGUH CARI HAL DENGAN HADI AWANG???


PERBALAHAN politik antara DAP dan Pas berhubung pelaksanaan hukum hu­dud boleh dianggap sam­pai ke kemuncaknya apabila DAP semalam secara terbuka melakukan ‘serangan’ ke atas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pelbagai dakwaan mereka lemparkan kepada Abdul Hadi termasuklah mengkhianati kerjasama dalam pakatan pembangkang. Tetapi hakikatnya, keputusan DAP itu boleh dianggap melepaskan perasaan tidak puas hati yang sudah lama tersemat dalam hati pemimpin-pemimpin DAP apabila Abdul Hadi secara tegas menolak permainan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui ‘Langkah Kajang’ bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah DAP juga kecewa apabila Abdul Hadi menolak mencalonkan hanya satu nama bagi jawatan itu apabila turut menyenaraikan Mohamed Azmin Ali selain Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Hukum hudud hanyalah alasan DAP untuk meneruskan tekanan mereka kepada Abdul Hadi yang semakin menam­pakkan ketegasannya dalam menjalin tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang. Malah DAP juga cuba menggambarkan seolah-olah ada sesuatu berlaku apabila mengaitkan langkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) mempunyai kaitan dengan UMNO.

Persoalannya kenapakah hanya Abdul Hadi yang menjadi sasaran DAP sedangkan segala keputusan yang dibuat oleh beliau atas kapasiti sebagai Pre­siden Pas dan sudah tentulah ia disokong oleh Pas?

Justeru apabila DAP menyatakan tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi, bermakna mereka tidak boleh bekerjasama dengan Pas secara keseluruhannya, mana mungkin sebuah parti boleh bekerjasama jika seseorang Presiden parti itu mahu diketepikan.

Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh DAP sekali lagi mencabar maruah Pas. DAP kecewa kerana tekanan demi tekanan yang mereka berikan bagi memastikan Abdul Hadi dan Pas terus mengikut telunjuk perancangan politik mereka semakin luntur.

Jika beberapa tahun lalu mereka berjaya memaksa Pas untuk mengubah haluan perjuangan daripada negara Islam kepada negara berkebajikan tetapi dalam soal hukum hudud DAP ternyata gagal menghalang kehendak Pas memandangkan Pas dilihat mengamalkan sikap ‘membujur lalu melintang patah’.

Bagaimanapun apa yang menarik diperhatikan adakah kenyataan DAP tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi dan menganggap beliau mengkhianati kesepakatan dalam pakatan pembangkang ibarat satu isyarat kepada ahli-ahli Pas untuk menolak Abdul Hadi dalam pemilihan Pas Jun ini?

Bukanlah satu rahsia lagi, PKR dan DAP sememangnya sudah tidak selesa dengan Abdul Hadi. 

Presiden Pas itu se­ring kali dilihat membuat kenyataan yang bertentangan de­ngan hasrat kedua-dua parti. Abdul Hadi bertindak demikian bukanlah untuk mengkhianati kerjasama yang terjalin tetapi untuk mengingatkan DAP dan PKR bahawa ada persefahaman antara mereka bukanlah bermakna hanya kehendak parti-parti tertentu sahaja perlu diikuti.

Apatah lagi jika DAP terlalu mahu menjaga hubungan dengan Pas dan tidak mahu dilihat mengkhianati parti itu, kenapakah kepimpinan DAP bersedia bertemu dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) – kelompok serpihan daripada Pas yang terang-terang ditolak oleh kepim­pinan parti itu?

Langkah DAP yang hanya menjadikan Abdul Hadi sebagai sasaran serangan dalam isu hukum hudud boleh dipersoalkan. Ini memandangkan DAP bukannya tidak mahu bekerjasama dengan Pas tetapi mereka menyatakan tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi.

Keadaan itu sedikit sebanyak akan menimbulkan persepsi bahawa DAP masih mahu bekerjasama dengan Pas dalam pakatan pembangkang cuma mereka tidak mahu Abdul Hadi.

Soalnya, apa hak DAP hendak berbuat demikian? Apakah wajar DAP mahukan Presiden Pas dalam kalangan mereka yang hanya akan menurut sahaja apa kata DAP dan PKR? dan adakah DAP hanya mahu memberitahu apapun hendak dilakukan oleh Pas mesti mendapat restu parti itu terlebih dahulu?

Sememangnya terlalu banyak kemusykilan terhadap tindakan DAP itu, tetapi apa yang pasti Pas tidak harus tunduk atau melayan kehendak DAP. Pas perlu tampil mempertahankan dasar perjuangan dan cita-cita politik mereka.

Jika pemimpin dan ahli-ahli Pas benar-benar mahu memperjuangkan Islam, merasakan Pas sebuah parti bermaruah dan pemimpin mereka perlu dihormati oleh semua pihak maka mereka perlu mempertahankan Abdul Hadi habis-habisan.

Abdul Hadi tidak mempunyai apa-apa kesalahan dengan pakatan pembangkang. Keputusan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan bukan perkara baharu sebaliknya sudah diputuskan sejak Pas memerintah negeri itu pada 1990 sebelum dikemukakan kali pertama di DUN Kelantan pada tahun 1993 seterusnya pada tahun ini selepas beberapa pindaan dibuat.

Ertinya, usaha sudah dimulakan sebelum DAP dan Pas be­kerjasama. Sepatutnya sebelum DAP membuat keputusan berada dalam pakatan pembangkang bersama dengan Pas, parti itu terlebih dahulu memastikan Pas tidak lagi berhasrat me­laksanakan hukum hudud tetapi DAP tidak berbuat demikian. 

Justeru apabila Pas meneruskan cita-citanya dalam soal tersebut kenapa pula DAP perlu memberontak dan membantah?

Apa yang menjadi masalah kepada Pas ialah bagaimana hendak ‘meneutralkan’ beberapa pemimpin parti itu yang terlalu ‘berkiblatkan’ kerjasama dengan PKR dan DAP. Ini kerana gerakan sudah disusun bagi menjatuhkan Abdul Hadi dari kerusi Presiden.

Kenyataan oleh DAP akan menjadi ‘peluru’ baharu kepada puak-puak tertentu di dalam Pas untuk mengukuhkan lagi agenda mereka menyingkirkan Abdul Hadi dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Mereka akan memberikan alasan bahawa Abdul Hadi tidak lagi layak menjadi Presiden Pas kerana mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan UMNO seperti mana sebelum ini mereka kaitkan beliau dengan penubuhan kerajaan perpaduan (UG).

Oleh itu mereka akan berhujah bahawa usaha menggantikan Abdul Hadi adalah perlu kerana mahu mempertahankan kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang bagi mencapai cita-cita menawan Putrajaya bersama PKR dan DAP.

Dalam berhadapan dengan hujah-hujah seumpama itu ahli-ahli Pas di semua peringkat perlu memahami apakah demi cita-cita politik merebut kekuasaan, Abdul Hadi yang melaksanakan dasar perjuangan Pas dan mempertahankan maruah parti itu dikorbankan atau memilih seorang pe­mimpin lain sebagai Presiden yang sudah tentu akan tunduk dengan apa juga kehendak politik PKR dan DAP?


3 comments:

Anonymous said...

bila ayah kita di caci atau di kutuk, adakah kita turut mengutuk ayah kita? di mana maruah kita?.apakah kita berterusan buat bodoh dan menjadi bodoh spt kerbau dicucuk hidung,ini masalah maruah,maruah melayu, maruah islam,apakah orang pas tidak tersentuh?.apakah kita terus biarkan bapa kita di pijak di hina,bagi saya DAP sudah tiada dalam ingatan saya,sudah mati ,jangan harap apa jua dari saya.kiv utk pkr.berubah atau anda juga disingkirkan.

Anonymous said...

Pasal TGHH tak meliwat,kalau meliwat DAPigs kira ok boleh buat kawan, masuk penjara pun DAPigs siap akan bebaskan bila menang.TGHH buat pi Islam DAP marah la,sebab DAPigs musuh Islam.

Anonymous said...

Sebab ramai kalangan penyokong PAS macam LEMBU..setakat ada otak tapi tak berakal..cina kapir siap hina presiden pun masih tak sedar...ptuiih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa