Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, September 23, 2014

WAJIB BACA: PESANAN TERAKHIR KHALID IBRAHIM


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan penjawat awam di negeri ini supaya terus menumpukan kepada tugas masing-masing tanpa menghiraukan kemelut politik yang sedang melanda.

Menurut beliau, kesabaran dan kerja kuat secara telus adalah penting bagi memastikan negeri ini terus maju selain dapat menjaga amanah rakyat.

Katanya, sesuatu perkara yang benar perlu dipertingkatkan sementara yang salah ditinggalkan supaya setiap orang dalam Selangor akan berasa mereka merupakan sebahagian daripada negeri ini.

“Apa yang saya minta adalah kesabaran daripada anda. Biarlah politik berperang, biarlah ahli politik berlakon dan berdrama, teruskan kerja-kerja dengan telus.

“Saya percaya, lama kelamaan drama mereka itu akan jadi drama lawak jenaka yang akan dikenang untuk selama-lamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perpisahannya yang dihadiri kira-kira 1,000 orang kakitangan awam di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Mereka membawa sepanduk yang mengandungi perkataan-perkataan We Love Tan Sri Khalid (Kami Sayang Tan Sri Khalid), Tan Sri Khalid Terbaik dan Terima Kasih Tan Sri Khalid.

Abdul Khalid dalam pada itu menjelaskan, cabaran kepada pemimpin baharu nanti (penggantinya) adalah memulangkan aset air negeri ini kepada rakyat.

“Aset air Selangor bernilai lebih RM14 bilion telah dikembalikan kepada kerajaan negeri dan kita (kerajaan negeri) akan pulangkan dalam bentuk saham kepada rakyat Selangor.

“Inilah cabaran kita kepada pemimpin akan datang. Jika mereka tidak lakukan, rakyat Selangor akan hukum mereka kerana ini sudah dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid turut mengesahkan akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.

“Saya akan terus menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, tetapi bagi DUN Pelabuhan Klang, saya akan putuskan dalam sidang DUN nanti,” jelasnya.

Utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa