Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, September 30, 2014

MAHKAMAH MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN ALVIN TAN HINA PERDANA MENTERI???!!!


Ramai yang hairan, bagaimana Mahkamah Sesyen boleh menyerahkan pasport antarabangsa kepada Alvin Tan yang sedang berhadapan dengan pertuduhan jenayah dan menerima alasan yang dia mempunyai penggambaran dokumentari di Singapura, walaupun sebenarnya Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee tidak lagi dibenarkan memasuki Singapura kerana perlakuan lucah dan memalukan negara itu.

Lebih menghairankan lagi ialah bilamana Imigresen Malaysia tidak langsung menjangkakan Alvin Tan akan melarikan diri ke negara lain dengan menggunakan pasport Malaysia. 

Namun yang paling menghairankan ialah, walaupun kes membabitkan Alvin Tan bukanlah kes yang pertama membabitkan rakyat Malaysia (atau bekas rakyat Malaysia) melarikan diri ke luar negara dan kemudian memburuk-burukkan negara, kemudian dalam tempoh tertentu, mereka pulang semula ke negara ini dan menikmati hak-hak mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah mahupun berdosa kepada rakyat Malaysia.

Salah seorang daripada mereka adalah Hishamuddin Rais.

Mempersoalkan kerakyatan seorang rakyat Malaysia adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Ia samalah seperti mempersoalkan agama seseorang di bawah akta yang sama. Namun dalam sebuah masyarakat moden yang banyak ‘berfikir’ dan ‘memberikan pendapat’ terutama di bawah hak kebebasan bersuara, pertanyaan tentang mengapa Krajaan Malaysia tidak mengambil tindakan keras terhadap rakyat Malaysia yang menderhaka kepada negara ini berupa pengguguran hak serta kerakyatan individu tersebut, sudah semakin melebar.

Antara individu yang dilucutkan kerakyatannya adalah LIM LIAN GEOK seorang guru sekolah vernakular yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, kedudukan raja-raja Melayu dan menghasut agar masyarakat Cina bangkit menggulingkan Kerajaan bagi memastikan orang Cina menjadi kaum superior di negara ini.


LIM LIAN GEOK dilucutkan kerakyatannya pada tahun 1964 dan dia kekal sebagai orang tidak bernegara sehingga ke akhir hayatnya walaupun dia merupakan salah seorang pendiri persatuan sekolah-sekolah Cina (Jiao Zong). Dia merupakan generasi pertama masyarakat Cina yang mendapat kerakyatan menerusi tekanan British ketika usaha memerdekakan negara ini.

Kes-kes perlucutan kerakyatan yang lain, kurang diperkatakan dan tidak terkenal. Namun hampir dua tahun lepas, Kerajaan Malaysia cuba menunjukkan sikap baik budi dan luhur apabila menerima semula bekas rakyat Malaysia yang gagal menjadi Pemastautin Tetap atau rakyat United Kingdom di bawah Undang-Undang Komanwel. Mereka yang telah mengoyak dan membuang kerakyatan Malaysia, kemudiannya diterima semula walaupun mereka sekadar berstatus pemastautin tetap di Malaysia.

Menariknya, mereka masih tetap diberikan hak untuk balik ke negara ini walaupun mereka sebenarnya tidak perah berminat untuk menjadi rakyat negara ini kecuali kerana mereka telah dilahirkan di sini oleh datuk nenek mereka yang melarikan diri daripada kesengsaraan hidup di negara leluhur, terutama sekali antara tempoh 1931-1955 sepertimana yang dicatatkan oleh R.Emerson di dalam bukunya, Malaysia yang diterbitkan pada tahun sebelum Perang Dunia Kedua.

Alvin Tan adalah isu terbaru yang perlu ditangani dengan sewajarnya agar rakyat Malaysia yang lain sedar tentang ‘permainan subversif’ mereka boleh menyebabkan kerakyatan dan hak mereka sebagai warganegara dilucutkan. Kerajaan Malaysia tidak perlu terlalu sayangkan warganegara atau bekas warganegaranya sehingga akhirnya lebih ramai manusia seperti Alvin Tan dan Hishamuddin Rais yang diternak dan dibiakkan.

Dalam mana-mana negara sekalipun, tiada yang mahu berkompromi dalam hal-hal membabitkan keselamatan. Majoriti rakyat Malaysia masih merupakan kelompok yang mencintai negara ini dan tidak sanggup menggadaikan negara ini hanya untuk kuasa.

Justeru, kerajaan perlu memikirkan tentang majoriti rakyat Malaysia, bukannya sekelompok individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja atas nama KEBEBASAN BERSUARA walaupun pada masa yang sama, Kebebasan Bersuara yang mereka laung-laungkan itu sebenarnya adalah bom jangka yang boleh mengundang masalah lebih besar kepada negara ini.

3 comments:

Anonymous said...

Kadangkala ada betulnya tagline..'semuanya salah UMNO'...UMNO adalah tonggak pemerintahan BN....UMNO berkobar2 sebagai pejuang Islam dan Melayu tetapi dalam kebanyakkan kes sekarang yang sering ke hadapan ialah PERKASA dan barisan NGO2

UMNO akan hanya ribut di mesyuarat2 cawangan....mesyuarat2 bahagian dan di Perhimpunan2 Agungnya....berhujah ,berdebat dan berpantun tetapi pelaksanaan terhadap usul ????....ini telah dibuktikan oleh kenyataan TPM sendiri ...usul2 dalam mesyuarat2 UMNO bahagian dan Perhimpunan Agung akan 'dilaksanakan' dibakul sampah !!!!

Usahlah bersemangat sangat nak pertahankan Akta Hasutan 1948 kerana Najib telah berjanji akan menamatkan riwayat akta ini dan menggantikan dengan akta baharu....Najib sebagaimana yang diakui amat berpegang kpd janji....lihat saja nasib ISA...bantuan BR1M yg akan memakan berbilion ringgit walaupun 'faedahnya' telah dikaji dan dianalisa oleh pakar2 ekonomi 'amat membimbangkan '...tetapi apakan daya, kerana Malaysia harus seiring dengan arus globalisasi...harus telus...mulus dan akhirnya TEMBUS !!!!

Anonymous said...

mengapa mesti berlembut kepada celaka celaka di Malaysia...mengapa tidak menggunakan undang undang sedia ada di pakai melalui proses mahkamah..makin membiak kumpulan kumpulan babi ini sebab terlampau berlembut, jika singapura sendiri tidak menerima manusia seperti ini, mengapa manusia ini dibenarkan bebas...manusia yang tidak tahu di mana bumi di pijak, langit di junjung..

Anonymous said...

I totally disagree with this article blaming the court and alvin forinsulting najib. On the contrary, it is najib who had insulted the rakyat through his conduits in KDN and AG who dragged their feet. My argument is why didnt zahidi speak to najib on the gravity of the case due to inaction of AG? So to me naj7b deserves the insult.......huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa