Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, September 02, 2014

KEPUTUSAN SIAPA MB SELANGOR DIKETAHUI HARI INI


Hari ini boleh dianggap hari penentuan bagi kemelut jawatan Menteri Besar (MB) Selangor apabila tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas diminta oleh pihak istana menghantar senarai nama calon masing-masing.

Hari ini juga penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka membuat pengumuman berhubung kedudukan beliau. Apa pun ia bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sebenarnya isu MB Selangor boleh diselesaikan dengan mudah iaitu PKR, DAP dan Pas hanya perlu memenuhi permintaan istana iaitu menghantar tiga nama calon.

Pas sudah bersetuju tetapi PKR dan DAP seolah-olah terus mahu mengheret isu tersebut yang sekali gus akan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat iaitu mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - dalam bahasa mudah permintaan istana ditolak.

Jika benar PKR dan DAP memperjuangkan nasib rakyat dan mengutamakan rak­yat sehingga bersedia menamakan pakatan pembangkang sebagai Pakatan Rakyat, mereka seharusnya berusaha untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Tetapi malangnya itu tidak berlaku, sebaliknya PKR dan DAP hanya melihat Wan Azizah paling layak berbanding 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain.

Malah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan pencalonan isterinya sebagai calon tunggal jawatan itu adalah muktamad.

Kedegilan Anwar itu mungkin kerana begitu yakin isterinya mendapat sokongan 29 ADUN, biar pun kata putus terletak di tangan Sultan Selangor.

Namun begitu Anwar boleh terus dengan sikap degilnya tetapi ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah dalam menamatkan kemelut krisis MB Selangor. Malah ia menimbulkan pertanyaan kenapakah Anwar tetap juga mahukan Wan Azizah walaupun semua orang tahu sejauh manakah keupayaan Presiden PKR tersebut yang selama ini dianggap 'penghias organisasi' sahaja.

Jika benar Anwar menghormati integriti Abdul Khalid dan mahu menyelesaikan segala masalah rakyat yang kononnya tidak dapat diselesaikan oleh MB Selangor tersebut, beliau sepatutnya mempermudahkan urusan pelantikan MB dan bukannya mengheret ia bagi tempoh yang panjang.

Anwar tidak harus memberi tekanan seolah-olah mahu tidak mahu istana perlu mengikut kehendak beliau dan PKR sedang­kan undang-undang tubuh negeri sudah jelas menyatakan pelantikan MB terletak di bawah budi bicara Sultan Selangor.

Ia bermakna kalau pun PKR dan DAP memberi sokongan kepada Wan Azizah tetapi jika pihak istana melihat individu berkenaan tidak layak menduduki jawatan MB, maka Sultan Selangor berhak menolak.

Inilah hakikat yang perlu difahami oleh Anwar dan Wan Azizah. Walaupun mereka bukan orang Selangor tetapi mereka sepatutnya belajar untuk memahami undang-undang tubuh negeri itu.

Atas sebab itulah, Pas tidak mahu bersekongkol dengan sentimen Anwar biar pun berada dalam satu pakatan. Pas mempunyai pandangan sendiri dan ia secara halus memberi isyarat bahawa apa pun berlaku parti itu tetap menolak Wan Azizah.

Keadaan itulah yang memungkinkan hubungan antara PKR dan Pas kini bukan lagi berada di tahap retak menanti belah, tetapi sebenarnya sudah pun `terbelah' tetapi cuba dilindungi dengan diletakkan gam atau pelekat supaya ia tidak terburai.

Tetapi 'bau hanyir' daripada pekung akibat perbalahan itu sudah tersebar ke seluruh negara. Pemimpin Pas khususnya daripada golongan ulama secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin PKR begitulah sebaliknya.

Walaupun di dalam Pas ada pemimpinnya yang berjiwa PKR tetapi di dalam PKR tiada pemimpin parti itu berjiwa Pas, namun keretakan hubungan antara kedua-dua parti tersebut sudah tidak mampu dibendung lagi.

Mungkin mereka boleh bersandiwara dengan retorik-retorik politik kononnya Pas akan terus bersama pakatan manakala PKR menganggap apa yang berlaku sekadar satu perbezaan pendapat tetapi sebenarnya kedua-duanya sudah tidak selesa untuk bekerjasama lagi.

Kalau berdasarkan kenyataan pe­mimpin kedua-dua parti itu apa yang cuba dilakukan oleh mereka untuk terus bertahan dalam menjalin kerjasama ibarat 'tidur dalam satu selimut tetapi masing-masing tidak mampu lagi melelapkan mata'.

Ia kerana perasaan sebenar antara satu sama lain semakin terserlah dan sekali gus membuktikan kerjasama selama ini hanyalah sandiwara politik yang diindahkan dengan sulaman retorik dan hipokrit.

Keadaan itu menimbulkan persoalan apakah isu MB Selangor yang tercetus sekarang boleh diselesaikan secara damai kalau dua parti utama yang terlibat bertelagah sesama sendiri?

PKR mendakwa, pencalonan Wan Azizah telah dipersetujui oleh pakatan pembangkang dan Pas patut menghormatinya tetapi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mendakwa, kesepakatan yang dicapai ialah selain Wan Azizah, nama Azmin Ali juga dipersetujui untuk dihantar kepada pihak istana.

Sekali lagi Pas dipaksa untuk mengikut kehendak PKR dan perlu patuh kepada apa juga kemahuan DAP. Ertinya, kalau PKR dan DAP sudah sepakat, Pas perlu menghormatinya.

Persoalannya apakah selama ini kedua-dua parti itu menghormati pendirian Pas? Apakah PKR dan DAP berpendapat suara Pas juga harus didengari? serta adakah hak Pas sebagai sebuah parti bermaruah perlu didengari?

Sudah pasti tidak! Apa yang sering kali kita saksikan ialah Pas bagaikan 'dibuli' dalam pakatan pembangkang. Oleh itu dalam isu MB Selangor, Pas sepatutnya diberi kebebasan untuk membuat pendirian.

Tambahan pula, kalau mahu diikutkan dari segi jumlah kerusi Pas lebih berhak untuk mencalonkan nama daripada parti itu tetapi seperti biasa Pas bersedia mengalah demi menjaga hubungan dengan PKR dan DAP.

Sepatutnya, kedua-dua parti itu berterima kasih kerana Pas sudah membuat keputusan tidak akan mencalonkan nama daripada parti itu sebaliknya tetap akan menyerahkan kerusi MB kepada PKR.

Oleh itu apa lagi PKR mahu? Kenapakah hendak memaksa Pas untuk mencalonkan nama Wan Azizah sahaja sedangkan istana mahukan tiga nama.

Pas pasti akan mencalonkan tiga atau sekurang-kurangnya dua nama dan sudah pasti kedua-duanya daripada PKR. Kenapakah PKR mahu terus memberi tekanan kepada Pas?

Apa pun, seluruh rakyat Selangor sedang menanti kesudahan episod memualkan yang dicetuskan oleh PKR dalam krisis MB Selangor tersebut.

Mereka sudah bosan apabila dipaksa melihat sandiwara politik oleh PKR yang disokong oleh DAP semata-mata bagi memenuhi impian Anwar.

Justeru mungkin cara terbaik untuk mengajar Anwar dan PKR yang terus berdegil mahu melantik Wan Azizah ialah membubarkan DUN. Apakah itu kesudahannya? Sama-samalah kita tunggu. Yang pasti penulis yakin sepenuhnya kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menangani isu ini.

5 comments:

Anonymous said...

plan B bang non lepas ni:
kalau sultan tolak bininya jadi MB ialah, kempen auta putar belit seluruh Malaya utk dapat simpati.....lepas tu demo berguling guling atas jalan depan istana....yg akan di ketuai oleh unit ANAL PAS.....cina DAPigs senyum meleret....dalam hati berkata...BODOH NYA MELAYU NI...BEGITU MUDAH DI KELDAIKAN....

Anonymous said...

rakyat malaysia sekali lagi dihidangkan dengan sandiwara politik.
kalau diperak pelakunya antara adun pr dan bn tetapi kali ni pelakunya dikalangan adun pr sendiri,adun bn nampaknya hanya berdiri ditepi pentas je.

Anonymous said...

segala nya berpunca dari puak anuarinas dalam pas yg mana lebeh ramai dalam ajk pusat semua keputusan terbahagi 3 tak tahu mana satu yg nak di ikut tg hadi awang atau mat sabu atau dewan ulamak rakyat selangor jadi celaru apa kita tunggu keputusan sultan selangor.

Anonymous said...

segala nya berpunca dari puak anuarinas dalam pas yg mana lebeh ramai dalam ajk pusat semua keputusan terbahagi 3 tak tahu mana satu yg nak di ikut tg hadi awang atau mat sabu atau dewan ulamak rakyat selangor jadi celaru apa kita tunggu keputusan sultan selangor.

Anonymous said...

MB Selangor yg baru????Tak kisah siapa pun takpe. Jangan Wan Jijah Wan Kipas, Wan Jijah Wan Bini Ketum, Wan Jijah Wan Remote Control atau Wan Jijah Wan Sanggup

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa