Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, September 10, 2014

CIKGU MAT RAZI CALON BN PRK PENGKALAN KUBOR

TUMPAT 10 Sept. - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.

Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan.

Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu.

Pengumuman beliau sebagai calon BN dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Sent from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa