Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, September 19, 2014

AZMIN ALI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU???


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali selain ADUN Chempaka dari Pas, Iskandar Abdul Samad disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar baharu Selangor.

Pengumuman nama itu dijangka dibuat esok atau selewat-lewatnya Isnin depan sebelum upacara angkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pada Selasa ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mengesahkan telah mengedarkan surat jemputan ke upacara itu walau bagaimanapun enggan mendedahkan nama Menteri Besar baharu tersebut.

Nama Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebut-sebut selepas pencalonan tunggal Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail oleh PKR dan DAP, ditolak.

Difahamkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berusaha bermati-matian mahukan isterinya itu dilantik sebagai Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.

Anwar sebelum ini malah sanggup mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menghantar satu nama sahaja sehingga dianggap derhaka.

Pas pula dari awal konsisten menolak pencalonan Menteri Besar daripada parti itu kerana menganggapnya sebagai milik PKR walaupun difahamkan turut mencalonkan nama Iskandar.

Satu sumber menyebut, Azmin dipilih atas dasar kedudukannya yang paling layak dalam kalangan pemimpin PKR selepas Wan Azizah.

“Nama Wan Azizah difahamkan ditolak oleh pihak istana kerana tidak mahu mana-mana calon Menteri Besar ‘kawalan jauh’ yang bermaksud dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

Menurutnya, Sultan Selangor difahamkan mahukan Menteri Besar yang bukan hanya dipilih berdasarkan sokongan majoriti ADUN tetapi juga mampu meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama selain berkebolehan melaksanakan tadbir urus negeri ini.

Iskandar semasa dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, sehingga kini beliau tidak mendapat apa-apa maklumat atau dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak tahu apa-apa (mengangkat sumpah), bukan saya. Saya kini berada di Muktamar Pas, saya tak tahu siapa yang akan jadi Menteri Besar,” katanya.

Azmin pula gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Sumber Utusan.

5 comments:

Anonymous said...

Elok la Azmin. Dah la encem. Go, Min, go. Selamat menyandang jawatan baru. buat kerja leklok, rakyat memerhatikan.
Jangan sumbang langkahnya. Ambil jer TSKI jadi penasihat. Kan ke dia tu bagus admin nya.

Rozai CBR said...

Ya Allah , Kau kurniakanlah rahmat kpd rakyat negeri selangor semoga dijauhi bala bencana akibat dr perlantikan pemimpin yg tidak layak....

Anonymous said...

Orang yang zalim tidak mendapat pertolongan Allah

Anonymous said...

hari ini mb,esok beliau akan arahkan kontraktor kelas A membina jamban yang lengkap dengan mesin pembuat aiskrim.

Anonymous said...

ASSMIN ALI MB JAMBAN UNTUK RAKYAT SELANGOR YANG SUKA MAKAN AISKRIM DALAM JAMBAN!!!

Kahkahkahkahkahkah.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa