Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, September 21, 2014

ANWAR IBRAHIM SEDIA LAWAN SULTAN SELANGOR!!!


Sejak semalam mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengkaji pelbagai sudut tindakan sekiranya bukan Wan Azizah Wan Ismail yang akan ditabal sebagai Menteri Besar Selangor.

Sambil menafikan desas-desus bahawa parti itu bersetuju dengan pelantikan timbalan presidennya, Azmin Ali sebagai menteri besar baru Selangor, sumber PKR turut menyatakan kemungkinan mereka meminta diadakan pilihan negeri.

Malahan dalam perbincangan tersebut juga terdapat cadangan untuk mengadakan “road show” dan “rally” besar-besaran sebagai mendesak Tuanku Sultan Selangor menerima Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Pandangan ekstrim mengadakan demontrasi besar-besaran ini berasaskan keyakinan bahawa mereka akan mendapat simpati politik yang besar melalui gerakan ini.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan sumber PKR menyatakan pemimpin tertinggi PKR dalam mesyuarat pada malam tadi hanya membincangkan mengenai senario yang mungkin berlaku sekiranya sultan Selangor benar-benar berhasrat agar Azmin dipilih menjadi MB.

“Keputusan semalam hanya untuk mempertegas pilihan yang dibuat sebelum ini iaitu (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) sebagai menteri besar,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu lagi.

Cakap-cakap yang mendakwa PKR bersetuju dengan pelantikan Azmin itu timbul susulan kenyataan beberapa pengikut Azmin di Twitter selepas mesyuarat parti pada malam tadi.

Mesyuarat di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya itu dihadiri beberapa orang anggota Majlis Pimpinan Pusat dan dipengerusikan oleh Wan Azizah.

Senario lain yang dibincangkan dalam mesyuarat biro politik itu adalah kemungkinan ADUN PAS dipilih oleh Istana menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber itu turut menyatakan bahawa isu ini akan diadukan kepada sultan apabila wakil PKR dibenarkan menghadap kelak.

‘MB perlu sokongan majoriti’

Beliau menyatakan bahawa PKR mempunyai hak untuk menjelaskan pendirian mereka kerana Wan Azizah telahpun disokong oleh majoriti ADUN Selangor.

“Kerana itulah kita buat keputusan seperti yang dinyatakan dalam kenyataan kita semalam. Kita hormat keputusan sultan tetapi kita masih mendukung perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Selangor.

“Dalam itu sebut menteri besar perlu dapat sokongan majoriti dewan,” kata beliau.

Sementara itu Malaysiakini difahamkan bahawa Azmin telahpun bertemu ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi untuk membincangkan hal itu dan mengelak salah faham antara mereka.

Sumber dari kem Azmin turut memberitahu Malaysiakini bahawa “perbincangan” tersebut masih lagi berterusan.

Bagaimanapun butir perbincangan peribadi masih lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini.

Azmin sebelum ini secara terbuka menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar walaupun dicalonkan oleh PAS dalam mesyuarat mereka bulan lalu.

4 comments:

Anonymous said...

bubar dun, dan beri rakyat hak mutlak untuk memileh MB, yang buat kacau dalam hal ini ialah anwar, kenapa tidak bertindak terhadapnya melalui undang undang,kenapa manusia seperti ini merosak kan pemikiran semua rakyat,..dalam islam pun iktiraf raja raja, kenapa manusia bongkak ini melampau sangat..kenapa azizah, bukan orang lain..kerana remote control yang akan di gunakan oleh anwar ke...fikirla h..bosan dengan issue yang di cetus oran yang bongkak dan sombong ini..

Anonymous said...

PKR - Anwar Ibrahim HANYA pembawa bencana, malapetaka pada orang melayu, Islam dan Tanah Air.

Memang inilah hakikatnya...entah bilalah penyokong PKR nak sedar.

Saya bukan Ahli UMNO, isi borang pun tidak. Saya pencinta kedamaian sejati.

Hancur leburlah Selangor, anak2 Melayu Selangor jika Azmin Ali jadi MB

Satu MALAPETAKA, MUSIBAH dan SIAL yang menimpa Selangor.

Akhlaq yang buruk maka akan BURUKlah segalanya dan tempiasnya akan kita mahu tak mahu RASA juga.

Lihat apa Anwar Ibrahim dah lakukan pada PAS PUSS PISS..nak bukti apa ke lagi?

Yang pasti DAP Sial yang suka hati...

DAP Sial yang memang benci kita semua, sekarang kerja mereka kita sama kita yang dah lakukan.

Semua kerana Anwar Ibrahim..kau tak sepatutnya lahir di Malaysia Anwar,...aku tak tahulah bumi mana yang mahu menerima kau.

Anonymous said...

si anu ar tamak haloba.

Anonymous said...

MELANTIK WAN AZIZAH SEBAGAI MB NYATA TERTOLAK. MELANTIK AZMIN SEBAGAI MB JUGA SATU LANGKAH KETANDUSAN. APA SULTAN SERTA PENASIHAT TELAH MENGKAJI,MENSIASAT SECARA MENDALAM KEPINCANGAN AZMIN. APA SEMUANYA SUDAH DAPAT MELUPAKAN KELAKUAN2 BURUK BELIAU. APA MB SABUAH NEGERI BERADAT DAN BERDAULAT MASIH TERPAKSA BERGANTUNG KEATAS KETOKOHAN BURUK SEPRTI BEIAU UNTUK MEMIMPIM NEGERI INI SEBAGAI MB. APA KENA DGN DUNIA NI?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa