Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, September 14, 2014

ANWAR IBRAHIM JADIKAN PRK PENGKALAN KUBOR SEBAGAI PEMUAS NAFSU LUAR TABIINYA


Proses penamaan calon selesai semalam, menyaksikan Barisan Nasional akan berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru sepertimana pada PRU13 yang lalu di sini.

Barisan Nasional menghantar calonnya, Ustaz Hj Mat Razi Mat Ail, Calon Pas diwakili Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Agak mengejutkan bila pilihanraya kecil kali ini, ramai pemimpin utama pakatan pembangkang tidak hadir termasuk Presiden Pas, Hadi Awang yang sejak diawal hari penamaan calon tidak kelihatan kelibatnya dengan alasan ke luar negara dan menurut sumber dari Pas malam tadi, Hadi Awang diberitakan bakal hadir hari ini untuk bersama penyokong Pas yang lain. Malangnya sehingga majlis selesai Hadi Awang tidak kelihatan.

Ketika penamaan calon tadi pun sudah boleh dilihat, walaupun banyak pondok pengajian agama pro Pas di sini namun tidak ada kelihatan pun pelajar-pelajar pondok yang turut sama berarak bersama ahli dan penyokong Pas yang lain.

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar dan Presiden Pkr, Wan Azizah juga tidak hadir untuk memberikan sokongan kepada calon Pas.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kali ini Pas menghadapi masalah yang agak sukar dalam memilih calon kerana sudah wujud secara terang-terangan perebutan kuasa antara kumpulan Anwarinas dan golongan ulama hinggakan nama calon Pas terpaksa diumumkan agak lewat berbanding kebiasaannya.

Pemilihan calon Pas juga diberitakan adanya unsur campurtangan ‘pemimpin Anwarinas Kelantan’ yang berselindung disebalik Ngo yang sedang hangat diperkatakan, PasMa. Calon Pas, Wan Rosdi juga dikhabarkan bahawa adalah antara orang kuat PasMa Kelantan.

Menurut sumber dalaman parti Pas, pada asalnya nama YB Nik Abduh yang disebut-sebut sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Pas Pengkalan Kubor akhirnya lenyap dan digantikan dengan Hatta Ramli yang semua orang tahu rakan karib Husam Musa dan pendokong kuat PasMa serta dilabel sahabat baik Anwar Ibrahim. Cadangan nama Nik Abduh sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya kerana ingin mendapatkan sokongan pengundi muda yang jumlahnya melebihi 5000 orang di sini dan Nik Abduh agak rapat dengan pengundi muda yang pro pakatan pembangkang.

Senario di Prk Pengkalan Kubor agak sama dengan Prk Kuala Besut, ianya didominasi oleh kumpulan bukan ulama sebagai calon dan jentera utama pilihanraya kecil. Kumpulan Husam yang berada di barisan hadapan dalam struktur jentera pilihanraya kecil ini juga.

Walaupun nampak PKR beralah dalam isu perebutan kerusi ini, namun kelicikan Anwar dalam strategi ‘menang-menang’ di sini yang berkait dengan isu kerusi Menteri Besar Selangor nampaknya bukan Pas yang untung, ahli Pas melihat PKR sudah memberi laluan di Pengkalan Kubor dan sebagai timbal-balik, Pas harus akur menolak kerusi Menteri Besar di Selangor.

Hakikat sebenarnya Anwar menang, calon Pas adalah rangkaian hasil dari ‘planted’, benih Anwarinas subur di Pengkalan Kubur melalui sahabat baik Anwar YB Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar, orang kuat Anwar sejak dari beliau dalam UMNO lagi. Kamaruddin juga ikut keluar UMNO bila Anwar di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beliau sertai Pas. Kenapa tidak beliau berada dalam Pkr Kelantan?

Kiranya Pas menang, imej Hadi Awang tidak akan pulih sepenuhnya, yang hebat dan bakal popular adalah PasMa Kelantan, kiranya kalah maka itu petanda bahawa Hadi Awang dan golongan ulama Pas sudah mula ditolak dan Hadi Awang bakal terkunci mulut dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor, Pas sudah dapat menjadi calon Dun Pengkalan Kubur dan Pkr sudah pun beralah di sini.

Nik Aziz pun dilihat terpaksa hadir demi memberi airmuka kepada Menteri Besar yang baharu sekarang, Ahmad Yakob. Kedatangan beliau pun sudah agak lewat, tidak seperti kebiasaan beliau di mana-mana pilihanraya kecil.

Sebab itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa sebarang soal menyerahkan kerusi N1 Pengkalan Kubor kepada Pas dalam pilihan raya kecil ini kerana mereka tahu kekalahan sudah hampir pasti jika Pas tidak menyokong mereka. Dengan sokongan Pas pun mereka tumpas dalam pilihan raya lalu.

Permintaan kumpulan ulama Pas agar kerusi tersebut diberi kembali kepada Pas umpama orang mengantuk disorong bantai untuk PKR. Idea asal mendapatkan kerusi ini semula dicetuskan oleh kumpulan Anwarinas kepada ulama. Apabila kumpulan ulama bersuara, PKR sambil tersenyum lebar bersetuju tanpa banyak soal.

PKR dan kumpulan penyokong Anwar dalam Pas (Anwarinas) telah tersenyum lebar dengan perangkap yang baru sahaja mengenakan kumpulan ulama Pas. Sebaik sahaja Pas kalah dalam pilihan raya kecil ini, kumpulan Anwarinas akan menyerang kumpulan Ulama Pas sebagai tidak lagi berkesan dan relevan biarpun mereka tahu ia bukan alasan yang tepat kerana kerusi tersebut merupakan kubu Barisan Nasional.

Sebaliknya, jika Pas menang pun, kumpulan Anwarinas tidak bimbang kerana mereka akan mempunyai seorang lagi rakan sekutu mereka. Mereka akan menggunakan alasan pemilihan calon dari kumpulan mereka yang membolehkan Pas merampas kerusi tersebut.

Apakah Pengkalan Kubor adalah Langkah Hadi yang terakhir atau Langkah Akhir Anwar untuk ‘menawan’ Pas, kita sama-sama tunggu dan lihat.

1 comment:

Anonymous said...

Bukankah Wan Azizah dah beri hence akan serah Pengkalan Kubor kepada TGHA! tapi dah kena hijack kump. mediator PasMa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa