Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, September 04, 2014

ALHAMDULILAH:ULAMA' PAS DAH SEDAR ANWAR IBRAHIM JAHAT!!!!


Dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, rakyat Malaysia boleh melihat Pas sebagai sebuah parti yang mempunyai pelbagai warna.

Bermula dengan kenyataan awal Presiden Pas, Hadi Awang yang terang-terang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, sokongan Dewan Ulamak dan juga sokongan padu dari Mursidul Am, Nik Aziz yang dilihat memberi impak besar kepada kredibiliti Pas itu sendiri dan akhirnya semua dilihat mencemar nama baik golongan Ulama dalam Pas bila terpaksa sepakat menyokong apa yang diputuskan oleh Jawatan Kuasa Kepimpinan Pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Akibat kenyataan Hadi Awang yang tidak dihormati itulah maka imej golongan Ulama merudum, rosak teruk dan terus dikecam dengan label “U-Turn”. Bertambah malang, kesan dari kenyataan Hadi Awang tersebut, sudah kedengaran tohmahan kononnya kumpulan Hadi atau golongan Ulama dalam Pas mula bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor.

Semalam, Husam Musa menempelak dengan keras tentang usaha kerjasama dengan UMNO ini.

Husam menjelaskan UMNO sedang memancing PAS untuk bekerjasama di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Tanpa menunggu masa yang lama, hari ini Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali dilihat cuba bersihkan kembali imej Dewan Ulamak.

Melalui satu tulisannya dalam laman rasmi PAS semalam, “Ke mana PAS mahu dibawa”, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata isu dua Adun Pas yang melanggar arahan parti begitu menguji kesabaran ahli Pas yang begitu menghormati adab berjemaah.

Khairudin turut menyelar tindakan sesetengah pemimpin kanan Pas yang dilihat tidak lagi menghormati keputusan Majilis Dewan SyuraUlama pada 6 Ogos 2014 yang bersetuju mengekalkan Khalid selagi beliau tidak melanggar amanah yang diberi.

Menurut Khairudin lagi, beberapa pemimpin kanan Pas yang turut berada dalam Jawatan Kuasa Pas Pusat dilihat begitu ghairah menyokong tindakan dua Adun tersebut sebagai tindakan yang amat mengjengkelkan. Apatah lagi ada yang menganggap mereka berdua sebagai ‘Wira Pakatan Rakyat’ kerana sokongan terhadap Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Barangkali Khairudin sudah mula sedar akan kesahihan wujudnya ‘kumpulan Anwarinas’ dalam Pas maka beliau dengan sinis menempelak bahawa pujian kepada pembelot bakal menjadi contoh yang tidak baik dan akan menjadi ikutan yang buruk kepada semua ahli di masa akan datang.

Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada sumber yang bersedia untuk membuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

“Sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?” katanya.

Dalam masa yang sama Khairudin mendakwa tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada ‘institusi Umno’ dalam Pas yang cuba mengaburi gerakan ‘Anwarinas’ yang sedang hebat menular dalam Pas sebenarnya.

Menurutnya lagi, helah menggunakan alasan wujudnya usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah helah yang amat licik, tanpa menyatakan itu adalah kenyataan dari Husam Musa semalam.

Nampak amat jelas apa yang cuba disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat ini bahawa sudah wujud kem yang menentang keputusan Majlis Syura Ulamak tanpa rasa bersalah.

Kalau dulu, kumpulan Ulamak inilah yang menafi sekeras-kerasnya kewujudan kumpulan Anwarinas dalam Pas, kini mereka sudah mula gelabah kerana gerakan ini sudah jauh meresap dan bertapak kukuh dalam Pas.

Perhatikan sahaja apa yang Hadi Awang bawa tidak disambut oleh Timbalannya sendiri, Mat Sabu dan lihat sahaja siapa yang sentiasa menyokong apa juga yang diperkatakan oleh Mat Sabu termasuk dalam isu “Kenyataan Presiden bersifat peribadi”.

Kita sama-sama tunggu dan lihat, nyawa golongan Ulamak dalam Pas bakal ditentukan pada pemilihan pucuk pimpinan akan datang. Silap-silap, Hadi Awang bakal diundurkan atau terpaksa diundurkan.--Riana Abd Aziz

7 comments:

Anonymous said...

Bekerjasama dgn UMNO la semulia2 tindakan, silakan golongan ulama teruskan niat suci ini. Anwar biasala cakap bunga saja lebih isi satupun takda, makin hancai bocai sapa2 yg ikut cakap dia tu.

usin said...

kita tidaklah perlu pecahkan kepala untuk memikir jalan penyelesaian bagi hala tuju pas selepas ini. biarlah mereka memikirkan bagaimana untuk membina semula pas yang telah dikucar kacirkan oleh pkr. kalau nak buang @ singkirkan mereka yang berlaku biadab dan tak menghormati ulama dalam jemaah, berapa ramai yang akan disingkirkan? takut nanti yang tinggal adalah golongan minoriti, lebih ramai anwarinas daripada yang taat kepada pemimpin sendiri. sikit sahaja aku nak beritahu, inilah bala dan balasan kepada golongan ulama politik yang mementingkan keuntungan duniawi yang belum tentu dengan menolak persaudaraan sesama Islam sebab berbeza pandangan politik. apapun selagi dunia belum kiamat dan nyawa masih ada, pembetulan masih boleh dilaksanakan. tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

terasa macam PAS ni sedang dimamah dek segala tohmahan, kutukan, cacian dan doa keburukan mereka sendiri terhadap UMNO. Nampak hina sangat PAS ni...

Anonymous said...

Aku sgt berharap PAS kembali ke pegangan Sunnah Wal Jama'ah ; tidak bermudah mudah menuduh golongan tak sependapat kafir dan sesat, tidak memusuhi umat Islam, tidak juga memarakkan permusuhan sesama Islam, tidak pulau memulau sesama Islam, saling tegur menegur dan menasihati sesama Islam dan mendahulukan kerjasama dgn yg Islam dr yg kafir.

Anonymous said...

Ada banyak musang berbulu ayam kat dalam AJK Pas Pusat. Cium tangan TGNA, peluk TGHHA..,tetapi mempunyai niat tersendiri untuk mengnyahkan kedua2 'orang tua' ini dalam pengaruh Pas. Bukan susah sangat nak menghidunya.

Musang berbulu ayam ini punyai janggut.., sedang mencari tempat dan pengaruh bagi meneruskan agenda 'ketua mereka yang sebenar' yang bakal dikurung di Penjara Sungai Buloh. Membebaskan ketua mereka ini kelak adalah fokus utama. Rakyat tidak didahulukan..

Sudah terang.. tak payah suluh2 lagi dah....

sesejuk mata memandang said...

Untuk Husam yang Kusam , kita ingin bertanya , salahkan persempadan semula kawasan pilihan raya bagi menjamin masa depan ORANG MELAYU?

Anonymous said...

apa pun aku cukup bersyukur membaca berita dalam akhbar The Star hari ini yg melaporkan bahawa PAS telah mengemukakan 3 nama ahli EXCO Selangor (dari PAS) untuk jawatan MB Selangor. Surat ditanda tangani oleh DS Hadi Awang sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa