Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, September 17, 2014

ALHAMDULILAH:ULAMA' MAHU PAS KELUAR TINGGALKAN DAP DAN PKR

haron din

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata “setiap hari ada fitnah” yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi “suasana politik yang gawat” pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

“Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.

“Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

“(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci,” katanya.

“Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.

“Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,”katanya.
– Malaysiakini

3 comments:

Self-Hypnosis said...

makin parah isu MB Selangor.

Anonymous said...

Tak cerdik sangat ulama PAS ni rupanya. Selama ni diperkudakan tak sedar, dah kena direct dengan parasit dalam parti sendiri baru terkial-kial. Macam ni nak memperkasakan Islam di Malaysia?

Alhamdulillah Allah menghancurkan PAS.

Anonymous said...

PKR Selangor yang mengahadapi krisis bercakaran setelah Azmin Ali dilucutkan jawatan Pengerusi PKNS.

Tindakbalas Anwar menyebelahi Azmin Ali dan menggulingkan TSKI adalah punca PAS tidak merestui tindakan unilateral DSAI memandangkan TSKI adalah menteri besar Selangor untuk orang Selangor dan Rakyat Selangor.

Mungkin PAS terusik , dan sebagai pemegang kerusi Adun terbanyak di Selangor PAS setidak-tidak boleh bersuara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa