Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, September 17, 2014

ALHAMDULILAH:PEMUDA PAS TOLAK MAT SABU


Jika ambil dari tanda-tanda awal ini nampak macam Muktamar PAS bakal bergoncang sakan.Ini gara-gara aksi sekitar 50 orang perwakilan yang memakai jaket hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak' .

Mereka mencuri perhatian bila bertindak keluar dari Dewan Choon Moi, di Kota Tinggi semasa Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berucap untuk merasmikan Muktamar Pemuda PAS di situ pada jam 4.40 petang Selasa.

Perwakilan yang kebanyakan dari Terenganu itu dipercayai nak tunjuk protes terhadap Mat Sabu yang tidak sebulu dengan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam isu Menteri Besar Selangor.

Tindak tanduk mereka diikuti oleh sebilangan perwakilan lain dari Pahang,Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Selepas keluar mereka kelihatan mundar mandir di luar dewan.

Muktamar sayap Pemuda PAS,Dewan Muslimat ( Wanita) dan Dewan Ulamak PAS diadakan di tiga tempat berasingan menjelang Muktamar PAS Pusat di Batu Pahat pada 18 hingga 20 September ini.

Muktamar Pemuda diadakan di Kota Tinggi, Dewan Muslimat di Pulai Springs Resort,Johor Bharu manakala Dewan Ulama di IOI Palm Villa Golf and Country Resort di Kulaijaya,

Muktamar PAS kali ini menjadi perhatian ramai ekoran ketegangan dalaman antara puak Anwarias dan ulama yang berbeza pandangan tentang pendirian Presiden PAS terhadap isu Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dalam ucapan dasarnya menegaskan pergerakan yang dipimpinnya tetap akan mempertahankan pendirian PAS dikala menjalankan usaha untuk memperbaiki hubungan dengan PKR dan DAP.

Diminta mengulas kejadian itu semasa sidang akhbar selepas majlis perasmian, Mat Sabu dakwa beliau tidak nampak tindak tanduk perwakilan yang keluar tu.

Beliau beri alasan mungkin mereka hendak pergi sembahyang ( sekalipun kebiasaan jarang sekali perwakilan keluar dewan masa tetamu kehormat berucap rasmi majlis).
Mengenai jaket yang mereka pakai itu beliau cuma kata ' biasa' saja.

Mat Sabu menolak anggapan tindak tanduk mereka tanda protes terhadapnya.

Sementara itu wartawan Harakahdaily sendiri telah memberi gambaran yang suram tentang suasana majlis perasmian Muktamar Pemuda di bawah tulisan yang bertajuk : Membaca 'kesunyian' perasmian muktamar pemuda'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa