KUALA LUMPUR 18 Ogos - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran akan dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok atas tuduhan di bawah Akta Hasutan 1984 berhubung satu kenyataan akhbarnya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Latheefa Koya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, Surendran yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan melapor diri ke balai polis Pudu di sini malam ini berhubung waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak polis. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment