Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, August 14, 2014

MEMANG SAH KETUA PEMUDA PAS PENJILAT ANWAR IBRAHIM


Jika sebelum ini Dr Rani Osman (ADUN Meru), Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak) dan Khalid Samad (Pas) memberi isyarat seolah-olah Pas akan mengkhianati Khalid, hari ini giliran Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mengambil peranan.

Ketua Pemuda Pas tersebut menggesa empat orang EXCO Pas yang berada dalam pentadbiran Khalid Ibrahim menghalang sebarang cadangan Menteri Besar tersebut untuk menyingkir ahli-ahli majlis dari PKR dan DAP.

Khalid dijangka akan memecat ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dari kuota DAP dan PKR berikutan pemecatan exco PKR dan DAP.

“Saya minta PAS Selangor agar tidak menyokong usul ini. Kita risau perpecahan ini akan merebak lebih parah ke peringkat akar umbi. Kita bimbang ramai yang akan tak berpuas hati dengan perkara ini kalau ia menjadi kenyataan,” katanya kepada portal berita Pro DAP, Malaysiakini.com

Beliau sebelum itu menyatakan kebimbangan itu menerusi tulisan di laman Facebook-nya.

“Pemuda PAS sangat khuatir suasana ini akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mereka boleh mewujudkan ketegangan di kalangan rakyat Selangor untuk mendesak pembubaran DUN,” tulisnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa