Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, August 13, 2014

LEPAS PKR BERGADUH, PAS SELANGOR PULAK BERKELAHI!!!


Majlis Syura PAS hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos nanti walaupun terus didesak dan ditekan oleh DAP agar menyegerakan mesyuarat atau sekurang-kurangnya menyatakan pendirian sebenar PAS sama ada menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor atau sebaliknya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Meru, Dr. Rani Othman menyatakan, ADUN-ADUN PAS telah diarahkan kunci mulut daripada memperkatakan tentang isu Menteri Besar Selangor. Sekaligus memberi petunjuk bahawa kebanyakan ADUN PAS akan menuruti arahan pucuk pimpinan parti agar menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terkini, ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim meskipun berada dalam PAS, menyatakan yang dia menyokong usaha menyingkirkan Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan Wan Azizah Wan Ismail.

Shaari Sungib tidak gentar langsung dengan tindakan disiplin yang boleh diambil ke atas dirinya oleh pucuk pimpinan PAS memandangkan dia cukup yakin golongan Anwarinas yang berada dalam pucuk pimpinan PAS akan membelanya sekaligus memperkecil-kecilkan Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS.

Ini bukanlah kejadian pertama yang melibatkan kucar-kacirnya PAS kerana perlakuan Anwarinas. Semenjak golongan Anwarinas bertapak dalam pucuk kepimpinan PAS bermula dari tahun 1998, PAS sememangnya sudah lama dilemahkan dan hanya layak menjadi alas kaki PKR dan DAP semata-mata. Kumpulan Anwarinas juga telah berjaya menjadikan PAS kecut perut apabila terpaksa berhadapan dengan kemarahan dan gertakan PKR serta DAP.

Walaupun mungkin sebahagian daripada ADUN PAS Selangor yang akan patuh kepada pucuk pimpinan parti tersebut, tetapi yang pastinya, sebahagian yang lain lebih terpesona dan patuh kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kalau ada yang beranggapan, 15 ADUN PAS Selangor akan menyokong Khalid Ibrahim sepenuhnya, anggapan itu akan silap.

Kuasa kumpulan Anwarinas bukan kecil. Pengaruh Anwar Ibrahim ke atas kumpulan ini juga menyeluruh. Kegagalan PAS memberi kata dua atau mengenepikan kumpulan tersebut semata-mata kerana menjaga hati Anwar Ibrahim dan Tahaluf Siyasi akan menyaksikan PAS bagaikan gergasi yang telah ditambat dan tidak mampu berkutik barang seinci pun apabila kumpulan Anwarinas yang juga dikenali sebagai kumpulan Parasit tersebut memulakan kerja mereka untuk mengotakan hajat dan kehendak Anwar Ibrahim.

Shaari Sungib mungkin salah seorang daripada mereka. Namun di kalangan 14 orang ADUN PAS yang lain, ramai daripada mereka adalah Shaari Sungib.

Kita hanya perlu menunggu keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS untuk melihat Shaari-Shaari Sungib itu muncul satu persatu. Golongan Ahli Parlimen PARASIT sudah pun bersuara, jadi, ADUN-ADUN PARASIT juga sedang menunggu masa untuk bersuara.

Yang pasti, selain perpecahan PKR, turut sama berpecah adalah PAS. Atau lebih tepat lagi, mana-mana yang ada sentuhan Anwar Ibrahim, pastinya akan berpecah. Dan kalaulah bukan kerana ego yang melampau, rumahtangga Anwar Ibrahim pun sudah lama berpecah sebagaimana yang dikatakan Khalid Samad dalam Twitternya yang ‘terkenal’ itu tentang Wan Azizah yang telah dipukul suaminya, meskipun selepas itu, Khalid Samad kelam-kabut membetulkan ayatnya semula.

1 comment:

Anonymous said...

Biasaltu bro, bila dah da[at jilat duit cina, terasa sedap dibodek Cina, semua pemimpin Melayu sial ni akam kalahlakan, Cina Malaysia sangat penting untuk pemimpin Melayu UMNO PAS dan PKR.Pemimpin pemimpin Melayu Pukimak ni semua mempermainkan hati dan perasaan kita semua, lepas tu diorang pakat ramai ramai gi jilat butuh cina. Rakyat bumiputra biasa ni la yang terkial kial mempertahankan bumiputra dan Islam. Nak harap PAS ? ptuiuuiiii!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa