Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, August 06, 2014

LAGI BUKTI MCDONALDS BANTU YAHUDI BUNUH ISLAM DI GAZA TERSEBAR!!!



Peringatan: Baca dengan hati lapang dan minda yang terbuka.

Boikot McDonald's ini bukan perkara yang asing di Malaysia. McDonald's pula sudah seakan-akan sinonim dengan regim Israel kerana setiap kali berlaku konflik di Palestin seperti serangan tentera Israel ke atas Gaza, McDonald's menjadi jenama utama pemboikotan rakyat Malaysia (bukan generalisasi). 

Tulisan saya akan datang dalam beberapa siri dan bukan terhad kepada McDonald's sahaja. Dalam tulisan ini saya akan memfokuskan kepada McDonald's yang dikatakan penyumbang kepada kerajaan Israel dan seterusnya menyumbang kepada Israel Defense Forces yang membantai Gaza bukan sahaja baru-baru ini malah sudah berpuluh-puluh tahun lamanya sejak tahun 1948.

Mengapa McDonald's perlu diboikot? Setakat apa yang saya kumpul daripada internet, McDonald's patut diboikot kerana sebab-sebab di bawah:

  1. McDonald's Corp adalah penyumbang dana kepada Jewish United Fund yang berpengkalan di Chicago.
  2. Bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti yahudi di Chicago.
  3. McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 warga Israel.
Sumber: Inminds

Jewish United Fund dan Matching Gift Program *kemaskini

Sumber daripada internet yang saya boleh jumpa semuanya berkisar sebab-sebab di atas. Saya tak pasti jika ada alasan atau sebab lain mengapa McDonald's harus diboikot, jika ada saya harap ada yang akan memaklumkan kepada saya. 

Berbalik kepada sebab-sebab di atas, untuk merungkai persoalan sumbangan dana kepada Israel seeloknya kita mengupas bagaimana McDonald's menyalurkan dana kepada JUF ini. Adakah McDonald's membayar sejumlah wang mengikut peratusan keuntungan mereka kepada JUF? Ataupun ada jumlah tetap dibayar kepada JUF? 

Setakat pembedahan ke atas laporan tahunan McDonald's daripada tahun 2000 sehingga tahun lepas termasuk juga penyata kewangan yang telah diaudit tiada bukti jelas menunjukkan sumbangan kewangan McDonald's kepada JUF apatah lagi kepada Israel. 

Yang hanya saya temui adalah di laman web JUF iaitu program Matching Gift iaitu sebuah program sumbangan atau derma kepada badan-badan yang mempromosi program pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan. 

TERUS BACA >>>DI SINI<<<

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa