Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, August 27, 2014

CINA KOMUNIS DAN BARUAH YAHUDI MAIN BANGSAT DENGAN SULTAN SELANGOR


Dengan bersandarkan kepada alasan ‘konvensi’ Pakatan Rakyat 2013, PKR dan DAP menerusi Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi DAP dalam satu kenyataan media bersama, menegaskan DYMM Sultan Selangor wajib mengikut kehendak mereka kerana ianya telah dipersetujui selain kaedah tersebut dikatakan diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Alasan lainnya ialah 30 orang ADUN Selangor telah bersatu hati memberikan sokongan kepada Wan Azizah sekaligus menjadikan isteri Anwar Ibrahim itu memiliki jumlah majoriti untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

Maksud tersirat dalam kenyataan bersama Saifuddin Nasution dan Tony Pua itu adalah, DYMM SULTAN SELANGOR TIDAK ADA SEBARANG KUASA melainkan sebagai Rubber Stamp semata-mata.

PKR dan DAP berkeras untuk hanya menghantar nama Wan Azizah kepada DYMM Sultan Selangor meskipun titah baginda, setiap parti dalam Pakatan Rakyat perlu menghantar lebih dari dua nama untuk baginda membuat pilihan Menteri Besar Selangor yang baru. 

Bagaimanapun, PKR dan DAP yang semua sudah tahu, tidak mengiktiraf kuasa atau kewujudan Sultan-Sultan Melayu di negara ini, enggan berbuat demikian, sebaliknya mereka terus memaksa dan pada masa yang sama memberikan isyarat ugutan kepada DYMM Sultan Selangor agar menuruti kehendak mereka.

Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan sama sekali memandangkan langkah-langkah ini telah pun didedahkan di dalam Dokumen KAJANG MOVE yang dikatakan palsu oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Seperti apa yang tertulis dan tercatat, itulah nampaknya yang sedang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu mengenepikan sama sekali peranan serta kuasa Raja-Raja Melayu.

Tindakan terbaru oleh PKR dan DAP ini sebenarnya mengundang masalah yang lebih besar. Semuanya bermula daripada KAJANG MOVE yang diilhamkan, digerakkan dan dipropagandakan oleh PKR. Memandangkan Pakatan Rakyat menguasai majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor, PKR terutama sekali Anwar Ibrahim berasakan, mereka bebas berbuat sekehendak hati.

Skrip dan drama diatur dengan PAS dijadikan sebagai kambinghitam oleh PKR dan DAP bagi mewujudkan kontroversi sekaligus memberi tekanan kepada Istana Selangor agar segala tuntutan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dipenuhi. Dan kemuncak daripada drama tersebut adalah pemecatan keanggotaan Khalid Ibrahim dari PKR.

Gelombang kebangkitan rakyat untuk menentang Istana Selangor tidak kesampaian apabila lebih ramai yang marah dengan PKR dan DAP berbanding terhadap DYMM Sultan Selangor. Tidak seperti pada tahun 2009, DAP dilihat sangat berjaya sebagai batu api dan dalang sehinggakan ramailah Melayu yang berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera selesai solat Jumaat untuk menghalang rombongan diraja daripada mengadakan upacara perlantikan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pemaksaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas DYMM Sultan Selangor, saling tidak ubah seperti kaedah yang digunakan oleh Inggeris bermula dari tahun 1874 dalam Perjanjian Pangkor yang akhirnya menyaksikan Sultan Perak yang ditabal dengan bantuan Perjanjian Pangkor, dibuang ke Pulau Seychelles dan Perak menjadi negeri pertama yang diletakkan di bawah jajahan Great Britain. 

Penjajahan Inggeris dari tahun 1874 sehingga 1957 menyaksikan, Sultan-Sultan Melayu tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan untuk adat-istiadat Melayu dan agama Islam semata-mata.

Sejarah wajar dipelajari. Dan sejarah jugalah yang kerapkali dikitar semula dalam bentuk baru pada zaman yang berbeza.

Kalau benar Pakatan Rakyat benar-benar untuk rakyat, apa susah sangat untuk mereka mencalonkan enam nama sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk jawatan Menteri Besar Selangor? 

Mengapa perlu disusah-susahkan konflik yang dicetuskan oleh mereka sendiri semata-mata kalau bukan PKR-DAP mempunyai niat jahat yang cuba diselindungkan menerusi konflik terbaru ini!

2 comments:

Anonymous said...

baginda Tuanku tak sebut pakatan rakyat (PR).....
baginda titah PAS, PKR & DAP untuk bagi nama supaya boleh dipilih...
dari segi kelayakkan...
DAP memang tak layak langsung...
ikut MAJORITI pula...
PAS MASIH 15 KERUSI lagi dan masih MAJORITI untuk mentadbir urusan negeri....

Anonymous said...

Inilah hasil bijak pandai Najib laki Rosmah kerana menghapuskan ISA. Cina2 puaka ni semua berani buat kurang ajar dengan Raja2 Melayu. Patutnya Najib di bersarakan kerana polisi2 bodoh lagi bahlulnya akan menyebabkan orang melayu akan kehilangan kuasa politik di tanah air Malaysia yakni tanah melayu. Ada pulak sorang melayu yang sanggup buat apa saja asalkan cita2 politik songsang tercapai yg mana DAP tahu ini 2 ekor laki bini adalah road to Putrajaya yg mana mereka tahu mereka adalah jalan ke neraka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa