Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, May 10, 2014

UMNO PENANG PUNYA CERITA

Kenyataan Media
YBhg Dato ' Zainal Abidin Osman
Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Sabtu, 10 Mei 2014

Keputusan MCA Untuk Tidak Bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen P51 Bukit Gelugor

1. UMNO Pulau Pinang menerima keputusan MCA untuk tidak meletakkan calon bertanding mewakili Barisan Nasional di PRK Bukit Gelugor.

2. UMNO Pulau Pinang berpandangan adalah prerogatif MCA untuk memutuskan mengenai kerusi Bukit Gelugor. UMNO sedia menyokong sebarang keputusan parti-parti rakan dalam BN, samada bertanding atau tidak kerana kerusi Bukit Gelugor diperuntukkan kepada MCA.

3.UMNO Pulau Pinang yakin dan percaya kepimpinan MCA telah mengkaji segala aspek dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk tidak bertanding di PRK Bukit Gelugor.

4 . UMNO Pulau Pinang melalui 24 buah cawangan UMNO di Bahagian Bukit Gelugor telah pun menubuhkan jentera pilihanraya masing-masing untuk meraih sokongan hampir 12 ribu orang pengundi Melayu (14% daripada jumlah pemilih berdaftar) di Bukit Gelugor apabila berlaku kekosongan kerusi ini. UMNO telah bersedia untuk menghadapi PRK ini dan yakin majoriti pengundi kaum Melayu akan terus bersama dan menyokong BN.

5. UMNO Pulau Pinang yakin MCA boleh memberi tumpuan kepada proses transformasi dalaman parti yang dilancarkan oleh Presiden MCA. MCA ada masa lebih 3 tahun untuk terus bekerja bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada MCA.

6. UMNO Pulau Pinang percaya MCA tidak mengabaikan atau "deserted" penyokong mereka di Bkt Gelugor dengan tidak bertanding. Kepimpinan MCA sudah berjanji akan meneruskan khidmat kepada masyarakat di Bukit Gelugor.

7. UMNO Pulau Pinang berharap PRK P 51 Bukit Gelugor akan berjalan dengan baik dan teratur dan pengundi - pengundi akan menggunakan kebijaksanaan masing-masing dalam memilih Ahli Parlimen mereka sejajar dengan proses demokrasi yg luhur.

Terima kasih.

Sent from my iPhone

3 comments:

Anonymous said...

Memang MCA tak layak bertanding di mana2 pun kerana MCA sebenarnya adalah DAP.
BN patut buang saja MCA. Jangan simpan musuh dlm selimut. Tak ada faedahnya.

Anonymous said...

Dah Umno tu Bodoh ..bomoh juga akhirnya

Anonymous said...

MCA should just get out from BN. Ada tak bawa untung, tak ada pun tak rugi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa