PENULIS masih percaya pilihanraya kecil diadakan sebagai medan untuk memilih pemimpin yang boleh mewakili rakyat di kawasan yang diwakilinya. Mewakili itu termasuklah dalam soal memberikan bantuan, membawa permasalahan rakyat ke peringkat lebih tinggi dan sebagainya.
Negara kita bukan macam USA atau Indonesia dimana parti yang bertanding, selepas menang, barulahlah dilantik perwakilan untuk mengisi kerusi yang telah dimenangi.
Atau jangan ambil resmi pakatan pembangkang, wakil rakyat hanya berkhidmat kalau mereka dapat jadi kerajaan, kalau tidak, mereka hanya menghabiskan duit rakyat dalam bentuk elaun serta kemudahan-kemudahan lain.
Bantu rakyat? Jauh sekali.
Orang yang nak dipilih menjadi ahli Parlimen ini perlulah mempunyai track record yang baik serta boleh diterima semua pihak. Setakat mengekor punggong boss ke hulu ke hilir sebagai Setiausaha Politik tu, bukan kata hina sangat, tapi tak membuktikan apa-apa dari segi kepimpinan.
Maka itu bila bercakap tentang track record, maka calon BN, Datuk Mah Siew Keong adalah pilihan terbaik kerana sudah terbukti banyak membuat jasa di Perak dan kawasan Teluk Intan itu sendiri.
Antara lain, Datuk Mah pernah memberi bantuan kepada Yayasan Perubatan di Hilir Perak, berjaya mendapatkan kelulusan untuk kolej komuniti di Bandar Baru Teluk Intan yang telah banyak melahirkan tenaga pakar dalam bidang-bidang mekanikal dan elektrikal di kawasan parlimen tersebut dan beberapa sumbangan kepada pertubuhan kebajikan secara berasingan walaupun setelah kalah pada 2008.
Pendek kata, terlalu banyak yang Datuk Mah sudah lakukan untuk kebaikan pengundi di Teluk Intan sejak 1995 lagi (bila pertama kali dilantik menjadi ADUN Pasir Bedamar). Dikatakan bahawa, satu benda saja yang Datuk Mah belum lakukan untuk rakyat Teluk Intan – menegakkan menara Teluk Intan yang condong, lain semua dah dibuatnya dah.
Itupun sebab nak kekal tarikan perlancungan di kawasan tersebut, bukan sebab tidak mampu.
Sebaliknya pulak, kalau kekalkan wakil DAP sebagai ahli Parlimen kawasan ini nanti, maka Teluk Intan akan ada 2 menara, satu dalam bentuk bangunan, satu dalam bentuk manusia sebab percayalah, wakil rakyat DAP tidak akan melakukan apa pun untuk rakyat Teluk Intan sebab mereka bukan kerajaan, waima nak bawa masalah rakyat ke Parlimen.
Lagipun, kerajaan persekutuan tak tumbang kalau DAP kekal di Teluk Intan, wakil rakyat itu pun nanti (kalau DAP menang) nampaknya tak reti bercakap depan media sehingga Kit Siang ambil peranan Setiausaha Politik dari dia sepanjang kempen ini nampaknya. Nampak sangat bertanding untuk diperalat, bukan kerana berkebolehan.
Cakap pasal itu (diperalatkan) saja, ia dah jadi bahan lawak di media sosial sekarang (rujuk gambar), tak sebut lagi hipokrasi tahap tinggi – pakai tudung bila jumpa pengundi Melayu, tak pakai bila jumpa pengundi cina seolah-olah agama ini ikut pengundi, bukan sebab memang kewajipan sebagai orang Islam.
Sekurang-kurangnya kalau Datuk Mah jadi Ahli Parlimen Teluk Intan, beliau akan membawa banyak kemajuan dan bantuan kepada rakyat di kawasan tersebut kerana disokong oleh dua kerajaan – kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, DAP mana ada kelebihan tersebut.
Inilah peluangnya untuk orang Teluk Intan mebawa kebaikan kepada diri sendiri (bukan orang lain), tapi hanya dengan membuat pilihan yang betul iaitu Datuk Mah sebagai wakil rakyat anda. Sebelum ni dah satu penggal satu tahun dibawah DAP, apa yang dibuatnya untuk Parlimen Teluk Intan?
Yang akan datang ini, kalau dipilih juga pun sama, bukan ada kebaikan kepada rakyat sama sekali. aDia diletakkan secara strategik untuk jadi wakil Melayu bantah hudud di Parlimen, bukan nak bantu rakyat.
No comments:
Post a Comment