Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 12, 2014

HADI AWANG LONGLAI DI KAKI KOMUNIS


Penentangan oleh DAP terhadap hudud PAS telah disertai oleh MCA dan GERAKAN. Ketiga-tiga parti tersebut mempunyai persamaan dan terlibat secara langsung di PRK Parlimen Bukit Gelugor mahupun di PRK Parlimen Teluk Intan. MCA bagaimanapun, menarik diri daripada bertanding di PRK Parlimen Bukit Gelugor dengan alasan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada isu hudud yang dilihat mampu menarik sokongan kaum Cina kepada MCA semula.

Manakala GERAKAN mengambil sikap berhati-hati dan telah pun menarik brek lebih awal walaupun Ketua Pemuda GERAKAN, Tan Keng Liang telah mengadakan pertemuan dan berdialog dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung isu yang sama.

PAS kelihatan tersepit walaupun isu hudud sebenarnya dimulakan oleh PAS semenjak dari tahun 1994 lagi. PAS telah lama menggunakan hudud sebagai senjata politik mereka untuk menghentam UMNO, bahkan mengkafirkan UMNO dan para pemimpin parti asal sebelum kelahiran PAS pada tahun 1951 itu. Selepas PAS mengumumkan kerjasama politik yang diistilahkan sebagai TAHALUF SIYASI dengan DAP dan PKR pada tahun 2008, PAS kembali merancakkan serangan terhadap UMNO dengan menggunakan isu hudud dengan harapan dapat menarik sebanyak mungkin sokongan Melayu-Islam kepada parti itu menjelang PRU-13.

kenyataan media

Pada tahun 1999, sebagai persediaan menghadapi PRU-10, DAP dan PAS telah bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (sekarang adalah Parti Keadilan Rakyat) dalam sebuah gabungan yang diberi nama Barisan Alternatif. Sama seperti Pakatan Rakyat, Barisan Alternatif atau BA tidak pernah didaftarkan dan asas kepada penubuhan BA adalah persetujuan longgar.

Pada tahun 2001, DAP keluar dari BA apabila PAS kembali mengalunkan qasidah hudud mereka. DAP tidak bersetuju dan menentang keras perjuangan PAS membabitkan hudud. Ramai sebenarnya yang melihat, penentangan keras DAP terhadap hudud sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan industri lendir dan dadah yang dikuasai oleh entiti-entiti yang menyumbang kewangan kepada DAP. DAP amat bimbang sekiranya UMNO terlibat sama dalam perjuangan mewujudkan perlaksanaan hudud di negara ini sekaligus undang-undang tersebut diluluskan menerusi majoriti mudah di Parlimen.

Ketika kemuncak cercaan terhadap UMNO yang konon-kononnya menolak hudud, cabaran telah dibuat oleh para pemimpin UMNO agar PAS membentangkan rang undang-undang persendirian membabitkan perlaksanaan hudud di Kelantan di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Jun nanti. Beria-ia para pemimpin PAS untuk melakukannya sebagai menyahut cabaran UMNO.

Namun semakin dekat bulan Jun, kegarangan para pemimpin PAS semakin mengendur. Beberapa orang pemimpin kanan PAS seperti Husam Musa, Mat Sabu dan Khalid Samad secara berterus-terang mengakui, perlaksanaan hudud tidak boleh dilaksanakan lagi dengan alasan yang sama diberikan oleh para pemimpin UMNO lebih dua dekad lalu. Alasan-alasan yang menyebabkan UMNO dan para pemimpinnya dikafirkan, kini digunakan oleh para pemimpin PAS untuk melepaskan diri.

Ketika Hadi Awang menyatakan, hudud telah dipersetujui oleh DAP dan PKR, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP segera menyelar dan mengatakan Hadi Awang berbohong. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan DAP dan PKR telah menyetujui rancangan PAS untuk membentangkan undang-undang tersebut apatah lagi melaksanakannya biarpun hanya di peringkat negeri Kelantan semata-mata.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor dan Teluk Intan memerlukan komitmen PAS bagi memastikan DAP menang dengan majoriti besar di kedua-dua Parlimen sebagaimana yang mereka perolehi pada PRU-13 lalu. Campurtangan MCA dan GERAKAN, dilihat mengancam majoriti besar yang diidam-idamkan oleh DAP.

Justeru, PAS dipaksa mengeluarkan pewartawaan dan pengumuman bahawa parti tersebut telah menarik balik hasrat untuk memperjuangkan hudud.

Dan itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan tengah hari tadi.

Takut benar Hadi Awang dijentik telurnya oleh Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP!

1 comment:

kiasfansuri said...

apa yang saya faham hudud ialah isu politik kerana pas ialah parti politik. setelah sekian lama parti pas dibuli oleh pkr dan dap, isu hudud ini ialah suatu cara untuk menarik keluar pas dari pakatan rakyat. dan untuk memulakan kerjasama dengan umno. untuk keluar begitu sahaja adalah sukar kerana pas kini dikuasai oleh golongan anwarinas dan golongan ulama disingkirkan inilah satu cara pas niatnya untuk kebaikan melayu dan islam. adakah salah tindakan itu? Marilah kita berfikir untuk bersatu, janganlah cari kesalahan mereka sahaja, kerana kita pun tak lari dari kesalahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa