Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, April 11, 2014

SERBAN ORANG PAS LOKOS KENA KENCING DENGAN PELIWAT DAN KOMUNIS!!!


SEPANJANG menjalinkan persahabatan atau tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas telah menunjukkan semangat kesetiaan yang cukup luar biasa.

Disebabkan kesetiaan dan pengorbanan Pas ia memungkinkan pakatan pembangkang terus mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan Selangor, selain terus menguasai Kelantan.

Tiada siapa pun dalam kalangan pemimpin mahupun penyokong PKR atau DAP boleh mempertikaikan pengorbanan besar yang dilakukan oleh Pas dalam memantapkan pakatan pembangkang sehinggakan sejak 2008, pakatan itu berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat.

Tidak cukup dengan itu, Pas juga merupakan penyumbang penyokong terbesar apabila ada himpunan jalanan yang hendak dilakukan oleh pembangkang dan jentera parti itu bertungkus lumus siang dan malam apabila ada pilihan raya bagi memastikan kemenangan sama ada calon Pas, PKR mahupun DAP.

Dan kini semangat kesetiaan dan pengorbanan Pas dalam pakatan itu bakal diuji apabila Pas melalui wakilnya di Parlimen akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Ketika Kerajaan Pusat sudah memberi laluan untuk kerajaan Pas Kelantan berbuat demikian manakala wakil BN di negeri itu menyatakan sokongan, kerajaan Pas Kelantan sedang giat membuat persiapan melalui Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Bagaimanapun seperti diduga, keghairahan dan keterujaan Pas itu bukan sahaja tidak dikongsi oleh PKR dan DAP, malah mereka secara terbuka menentang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk membentang rang undang-undang itu.

DAP melalui Ketua Publisitinya, Tony Pua secara terbuka berkata, DAP tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan oleh Pas itu manakala Naib Presiden PKR, N.Surendran pula mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

"Ketiga-tiga pihak secara terbuka meng­umumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal ini," kata Surendran.

Sebenarnya penentangan yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP bukanlah perkara baharu sebaliknya mengesahkan tafsiran selama ini bahawa Pas bukanlah dianggap kawan atau sahabat dalam pakatan tetapi sebaliknya sekadar platform untuk meraih sokongan daripada pengundi Melayu.

Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP dalam perjuangan Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan jelas membuktikan mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan hormat kepada Pas.

"Kalau mahu menilai pengorbanan Pas dalam pakatan pembangkang ia terlalu besar, sepatutnya DAP dan PKR berkompromi dengan menyokong Pas dalam melaksanakan hudud di Kelantan tetapi terbuktikan kedua-dua parti itu khususnya DAP dulu, kini dan selamanya konsisten dengan pendirian mereka," kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

Dalam bahasa mudahnya, PKR dan DAP hanya mahu memperalatkan Pas bagi me­numbangkan BN dalam pilihan raya tidak kira sama ada pilihan raya kecil mahupun umum dan apabila Pas berusaha mene­gakkan perjuangan Islamnya maka parti itu akan ditentang habis-habisan.

Itulah yang berlaku sekarang apabila kedua-dua parti itu langsung tidak mempunyai rasa hormat untuk membenarkan Pas membentangkan rang undang-undang bagi pelaksanaan hukum hudud itu. Sebagai sahabat sepatutnya, PKR dan DAP menghormati prinsip perjuangan Pas.

Namun semua itu tidak berlaku kerana Pas hanya berkongsi misi dengan PKR dan DAP untuk meraih kuasa politik dan bukannya berkongsi prinsip perjuangan. Sebab itulah sejak awal lagi ramai pihak melihat tahaluf siyasi Pas dengan kedua-dua parti itu akhirnya akan merugikan Pas.

Dan sekarang apa yang dibimbangi sudah menjadi kenyataan. PKR dan DAP menunjukkan wajah sebenar mereka bahawa penentangan terhadap hukum hudud bukan sekadar kenyataan politik sebaliknya akan melibatkan tindakan politik apabila menyatakan akan menolak hukum itu apabila dibentangkan di Parlimen.

Bagaimanapun, harapan tetap diletakkan kepada Pas supaya tidak berundur walaupun setapak dalam memastikan rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen. Kalau benar Pas memperjuangkan Islam dan mahu menegakkan hukum hudud maka mereka perlu ada keberanian untuk melawan penentangan yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP.

Tambahan pula pelaksanaan hukum tersebut hanya di Kelantan yang 99 peratus penduduknya beragama Islam dan dari segi politik DAP tidak ada apa-apa pengaruh di negeri itu manakala PKR pula bagaikan hidup segan mati tak mahu serta mengharapkan ihsan politik Pas untuk terus bernyawa di Kelantan.

Oleh itu, persetankan bantahan mereka, kerajaan Pas Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob tidak perlu berasa gentar atau takut dengan ancaman politik PKR dan DAP.

Selama ini, Pas sentiasa menuding jari kepada Kerajaan Pusat apabila tidak dapat melaksanakan hukum hudud di Kelantan tetapi kini masalah itu sudah tidak ada.

Justeru, ini masanya untuk Pas membuktikan bahawa mereka bukannya ‘pak turut’ apatah lagi ‘hamba politik’ dalam pakatan pembangkang, sebaliknya Pas adalah sebuah parti bermaruah dan bermartabat serta sanggup menempuh apa sahaja bagi menegakkan perjuangan Islamnya.

Apatah lagi, Kerajaan Pas Kelantan sudah memberi jaminan bahawa mereka tidak akan memaksa bukan Islam di negeri itu untuk mematuhi hukum hudud sekiranya ia dilaksanakan tahun depan.

Selain itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut memberi jaminan, hukum hudud yang akan dikuatkuasakan di negeri itu hanya wajib ke atas umat Islam.

Justeru, PKR dan DAP yang kita tahu amat mengharapkan sokongan bukan Melayu atau mahu menunjukkan kononnya mereka pembela golongan itu tidak perlu bimbang.

Kalaulah benar PKR dan DAP memperjuangkan demokrasi maka mereka juga perlu memahami demokrasi juga membenarkan Pas membentangkan rang undang-undang berkaitan hukum hudud di Parlimen.

Dan dalam masa sama, pembentangan rang undang-undang itu akan menjadi titik tolak kepada Pas sendiri untuk menilai siapakah sebenar dalam kalangan pemimpin parti itu yang benar-benar berpegang kepada wadah perjuangan Islam Pas dan bukannya berkongsi keghairahan untuk merebut kuasa bersama PKR dan DAP.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa