Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, April 09, 2014

PEGAWAI PETRONAS MENIPU RAKYAT MALAYSIA!!!???







Penulis baru sahaja membaca buku karya Anas Alam Faizil. Ternyata beliau sememangnya berbakat dalam dunia penulisan, terutamanya penulisan kreatif. Buku yang bertajuk “Rich Malaysia & Poor Malaysian” itu didatangkan dalam dua bahasa. Untuk Bahasa Melayu ia bernilai RM 20.00, manakala untuk Bahasa Inggeris ianya bernilai RM 23.00. Kenapa Bahasa Melayu lebih murah dari Bahasa Inggeris? Jangan tanya saya, tanya Anas Alam Faizil.

Kata-kata penghantar yang ditulis oleh Nurul Izzah Anwar Ibrahim dan Syed Husin Ali (kedua-duanya tokoh gerakkan Reformasi) telah menyebabkan saya bernostalgia tentang perjuangan. Ya, teringat semula bagaimana zaman 1998 dan laungan reformasi yang bergema di seluruh pelusuh Malaysia. Namun, realiti menerjah semula apabila, laungan reformasi itu disentak kuat oleh patriotisma sebenar yang dibawakan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada ketika itu, Komanwel sedang berlangsung dan laungan Reformasi telah terbenam dengan sorakan “Malaysia Boleh” dan lagu nyanyian Ella “Standing In The Eyes of The World”. Di tambah lagi dengan imej seorang peninju negara (Sapok Biki) yang menggigit pingat Emas sambil memegang gambar Tun.

Dalam keheningan menyelak muka surat kata penghantar, satu demi satu perkataan retorik dan pujian-pujian meninggi kepada Anas diberikan oleh kedua-dua tokoh ini. Seperti biasa Nurul Izzah akan menekankan perkataan seperti RAKYAT, EKONOMI, KEZALIMAN dan sebagainya untuk menarik emosi pembaca. Manakala, Syed Husin Ali pula menjadi dirinya yang sosialis sentiasa menganggap ini satu perkhabaran penting yang perlu dilontarkan ke gegendang telinga para marhaein supaya terus menggigit tangan yang selama ini membantu mereka yang susah.

Siapa Anas Alam Faizil?

Dalam biografi pendek beliau di pendahuluan buku itu, diceritakan bahawa Anas Alam Faizil ini merupakan seorang pelajar pintar yang berasal dari keluarga sederhana. Sejurus mengakhiri pembelajaran di universiti beliau telah dipinang oleh Syarikat Petroleum Nasional Berhad atau Petronas.


Wah! Untungnya hidup seperti beliau. Sudah habis kerja terus dapat masuk Petronas dan bekerja bukan sebagai kuli tetapi terus bertaraf pegawai. Setelah lama di Petronas, beliau kini terus berjaya dalam hidup dan bekerja sebagai pegawai besar di Talisman (juga sebuah syarikat minyak dan gas). Syabas kepada Anas Alam Faizil sebagai seorang anak Melayu yang telah berjaya mendapat tempat di gelanggang korporat hasil daripada kebaikkan DEB dan produk-produk kerajaan yang lain untuk memastikan Melayu masih berdaya saing di pentas dunia.

Dalam kehidupan beliau selama beberapa tahun ini, penulis ingin juga bertanya kepadanya. Sudah berapa lama beliau tidak jalan kaki atau menaiki LRT untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Atau, pernahkah beliau merasakan belajar tanpa apa-apa bantuan? Apa hak Anas Alam Faizil untuk berbicara tentang kemiskinan di Malaysia sedangkan beliau sendiri sudah tidak ingat kesusahan dan kepayahan hidup yang perlu ditanggung sesetengah rakyat Malaysia.

Betulkah Rakyat Malaysia Miskin?

Secara peribadi penulis merasakan bahawa Malaysia adalah bumi yang amat bertuah jika ingin dibandingkan dengan mana-mana negara di sekitarnya. Malah jika hidup di negara seperti Singapura yang kononya terlebih maju pun Malaysia tetap menang dari sudut kebahagiaan yang dirasai oleh para penduduknya.

Lihat sahaja para pendatang asing yang terus menerus datang ke negara ini. 10 tahun dahulu mereka hanya pekerja mengangkat barang, kini mereka telah menjadi peniaga berjaya. Bukan sedikit rakyat Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan banyak lagi rakyat negara asing yang telah menjadi kaya raya di negara ini. Kenapa kita tidak melihat dari sudut itu? Adakah rakyat Malaysia miskin sebab tiada peluang, ataupun sesetengah rakyat Malaysia yang sudah terbiasa dan hidup selesa dengan keadaan seperti sedia ada.

Adalah satu dosa besar bagi seorang rakyat Malaysia untuk memfitnah negara dan bangsanya sendiri dengan mengatakan bahawa rakyat negara ini MISKIN kerana kerajaannya. Ini kerana kemiskinan di Malaysia sering disalah tafsir dengan kurangnya keinginan untuk maju dan berdaya saing. Sebagai rakyat Malaysia, kita telah disajikan dengan pelbagai bantuan terutamanya dalam bidang keusahawanan. Namun berapa ramai rakyat terutamanya yang berstatus bumiputera telah menggunakan sebaik mungkin bantuan-bantuan ini?

Istilah kemiskinan juga perlu diperbetulkan dan dinilai seadil-adilnya, ini kerana kemiskinan di bandar dan kemiskinan di kampung juga memerlukan pentakrifan berbeza. Kita tidak boleh samakan keadaan di bandar atau di kampung. Jika di dalam hutan pula, orang asli yang tidak mempunyai harta material tidak boleh dikatakan sebagai miskin, kerana kekayaan yang mereka tafsirkan adalah amat berbeza dengan orang seperti kita yang pagi petang kerjanya menghadap komputer , telefon pintar dan mengharungi kesesakkan lalulintas setiap hari.

Perkara ini tidak dinyatakan di dalam buku atau mana-mana artikel Anas Alam Faizil. Jika kita ingin menggelarkan kerakusan sesuatu pihak, kita perlu membuktikannya dengan menunjukkan fakta yang betul. Perbandingan yang ada hendaklah adil dan tidak berat sebelah. Kita tidak boleh membuat pertandingan lumba lari antara kuda dan ikan paus diatas jalan raya. Sudah tentu lah kuda yang akan menang. :)

Anas & Petronas

Penulis tidak tahu sejauh mana kebenarannya nukilan Anas Alam Faizil tentang Petronas. Sebuah syarikat yang pernah mengambil beliau bekerja dan menjadi tapak untuk beliau bergerak maju di dalam dunia perdagangan. Mungkin ya dan mungkin tidak, namun persoalannya, sekiranya Petronas benar-benar melakukan semua perkara yang telah ditulis oleh Anas, apakah beliau tidak berupaya untuk membuat satu aduan kepada pihak polis ataupun kepada SPRM tentang perkara tersebut. Adakah sekadar menulisnya di dalam esei-esei tertentu, Anas telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia yang “suci dan mulia”.

Tak usah berkata bahawa tiada tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa. Sejak merdeka pada tahun 1957, sudah beribu penyelewengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah dibawa kemuka pengadilan. Sekiranya penyelewengan benar-benar berlaku di dalam Petronas, apakah Anas hanya berdiam diri semasa di dalam dan hanya “bising” apabila telah keluar dari syarikat gergasi milik Malaysia tersebut? Dimana perginya tanggungjawab beliau sebagai “pejuang & pembela” rakyat Malaysia?

Sindrom Anwar Ibrahim

Nampaknya Anas Alam Faizil telah terkesima dek penangan sindrom Anwar Ibrahim. Sindrom Anwar Ibrahim(SAI) ini biasanya menjangkiti mereka yang berkuasa di dalam sesuatu organisasi. Semasa di dalam organisasi tertentu, para pesakit SAI akan menjadi pak turut dan patuh kepada semua arahan. Selepas dibuang atau berpindah ke tempat lain, barulah para pesakit SAI ini menonjolkan diri mereka dengan menuduh ini dan itu kepada organisasi milik kerajaan Malaysia tersebut.

Adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang manusia yang berjawatan untuk menghina satu organisasi yang pernah mengangkat mereka. “From Zero to Hero” namun akhirnya bagai anjing yang tak mengenang budi, mereka terus mengigit orang yang telah memberikan mereka permulaan yang baik.

Kesimpulannya, siapakah sebenarnya yang miskin di Malaysia? Adakah kemiskinan itu disebabkan ke”kejam”an kerajaan. Ataupun ia disebabkan oleh kehadiran rakyat dan individu yang tidak pernah bersyukur dalam menikmati pemberi Tuhan kepada mereka. Maka ditentanglah orang yang pernah membantu mereka untuk berjaya, hanya kerana hajat tak sampai dan hati yang tidak pernah puas dengan dunia.-- SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Biasalah kakitangan PETRONAS yg aku kenal terutamanya di kerteh, trg ni suka tuduh kerajaan rasuah, songlap duit PETRONAS dan mcm2 lagi tuduhan. dah tahu kerajaan menipu, knp tunggu lagi? resign dan pegi kerja dgn company lain lah, buat apa bersubahat, tambah dosa tiap hari sbb kerja dgn kerajaan yg zalim dan menindas rakyat. belajar tinggi2 smpai oversea tapi otak pemikiran mcm org tak sekolah. dulu aku kerja dgn cina, aku berhenti sbb tak sanggup bersubahat tipu pelanggan, aku cari kerja lain. Haaa, sekarang kpd staff PETRONAS yg suka menyalak menyalahkan kerajaan dan mengutuk sana-sini....tunggu apa lagi? pakat berhentilah....lagipun PETRONAS tak pernah paksa kau org kerja dgn mereka, kauorng yg terhegeh2 mintak kerja dgn PETRONAS. Apalagi? berhentilah wahai pegawai PETRONAS yg selalu mengutuk kerajaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa