Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, April 16, 2014

MELAKA PUSAT BERKUMPULNYA AHLI KOMUNIS!!!


Barangkali Rafizi Ramli tahu yang dia semakin hampir dengan pintu lokap dan seterusnya pintu penjara. Dek kerana itulah, dia TELAH MELARIKAN DIRI dari rumah lamanya dan berpindah ke rumah baru tanpa memaklumkan alamat terbarunya kepada sesiapa pun.

Untuk menghilangkan gemuruh dan takutnya, Rafizi Ramli cuba berlagak berani dengan mengakui bahawa demonstrasi REFORMASI 2.0 yang akan diadakan pada 1 Mei nanti adalah perbuatannya. Konon-kononnya dia tidak takut dengan undang-undang dan tindakan undang-undang negara ini. Konon-kononnya dia boleh mendapat sokongan daripada sesiapa sahaja.

Kelmarin, Tian Chua enggan bekerjasama dengan polis ketika menerima Waran Bongkar. Tian Chua ditemui oleh sepasukan pegawai dan anggota polis di lobi Hotel Armada, Petaling Jaya.

Rafizi langsung tidak bersuara tentang hal tersebut. Dia tidak memberikan sebarang ulasan kerana dia sangat takut.

Bagi yang pernah melihat Rafizi di Mahkamah Tinggi Shah Alam sewaktu dihadapkan dengan tangan bergari, anda akan dapat lihat bagaimana takut dan gementarnya Rafizi Ramli. Malah dia menggigil dan hampir menangis ketika diseret oleh polis ke dalam lif. Walaupun cuba tersenyum namun yang jelas, Rafizi Ramli tersangat takut sehinggakan geletar tubuhnya dapat dilihat dan pucat lesinya tidak dapat disembunyi-sembunyikan.

Barangkali kerana sedar dia berhadapan dengan masalah yang lebih besar, Rafizi Ramli cuba pula melakukan sesuatu yang lebih besar natijahnya apabila Forum REFORMASI 2.0 yang diadakan di Melaka, telah dihadiri oleh 8 persatuan Cina termasuklah PERSATUAN SAHABAT KARIB Sekolah Cina Pay Fong, Melaka. Forum tersebut dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Melaka.

Menariknya, Persatuan Sahabat Karib merupakan persatuan bekas-bekas ahli komunis di Melaka. Kehadiran Persatuan Sahabat Karib diketuai oleh DAN AIK bekas ahli komunis dan ahli PKR Cabang Kota Melaka.

Rafizi nampaknya terus mencabar walaupun pada masa yang sama, cuba bertindak 'bijak' dengan melarikan diri dan berpindah dari rumah lama ke suatu lokasi 'rahsia'. Dia menjangkakan bahawa sebarang waran tidak dapat diserahkan kepadanya, manakala waran atau notis yang dialamatkan ke rumah lamanya, tidak sah dan tidak boleh digunakan di mahkamah.--CUCU TOK WAN

2 comments:

Anonymous said...

bala nya org melayu bila memberi kerakyatan percuma kepada pendatang tanpa memeriksa asal usul dan keturunan.
zaman dulu komunis masuk hutan untuk menakluk s'm'jung tapi sekarang tak lagi. mereka semakin gagah dibawah persatuan persatuan sekolah cina.

Anonymous said...

komunis semaki subur dinegara kita.Suburnya fahaman komunis sesubur dan berkembangnya sekolah cina dinegara ini.
Ini pengalaman aku sendir pada 15/4 yang lalu.....bila sekumpulan pelajar pelajar sekolah kuan ching menaiki Monorail dan merika semua bercakap dalam bahasa cina dengan kuat tampa menghiraukan orang lain .Semua mata tertumpu pada merika ....kerana berperangai agak kurang sopan dengan bergurau dan bercakap dan ketawa denga kuat.
Inilah perangai anak anak cina sekarang ini.....dan merika niakan membesar hanya didalam kelompok merika saja.Maka akan lahirlah tian chua dan lim kit siang baru.....diMalaysia .
Kerajaan tidak berani bertindak...kerajaan terlalu berlembut dengan Merika....sehingakan merika berani mengugut kerajaan .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa