Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, April 01, 2014

AHLI PARLIMEN BUKIT KATIL SANGAT MEMALUKAN!!!


Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Isnin memfailkan notis permohonan untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya menyertai perhimpunan 'Blackout 505' di perkarangan sebuah masjid, di sini. 

Shamsul Iskandar memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Fahda Nur & Yusmadi di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. 

Dalam permohonan itu, Shamsul Iskandar, yang juga ketua Angkatan Muda Keadilan, mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan, selain ia adalah satu penyalahgunaan proses dan mempersenda keadilan. 

Beliau mendakwa pertuduhan itu lebih cenderung bermotif politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejas kedaulatan undang-undang. 

Shamsul Iskandar yang hadir bersama peguam Yusmadi Yusoff memohon pertuduhan di bawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan 2012 terhadapnya digantung dan/atau diketepikan dan dibatalkan. 

Beliau berkata seksyen itu tidak digubal secara berperlembagaan dan bertentangan dengan Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, yang menyekat hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman termasuk perhimpunan di dalam kawasan jarak 50 meter di tempat ibadah yang telah disenarai sebagai tempat larangan untuk berhimpun. 

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar memohon perintah mahkamah supaya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu. 

Pada 5 Ogos 2013, Shamsul Iskandar; Timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36; dan Naib Ketua, Mohd Nazree Mohd Yunus, 29; mengaku tidak bersalah menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan pukul 1.15 tengah hari pada 22 Jun. 

2 comments:

Anonymous said...

AKU TAK PAHAM KENAPA ADA MELAYU YANG SAYANG SANGAT KAT MAMAT NI...GAJI AHLI PARLIMEN BERBELAS RIBU RINGGIT...YANG MAKAN HABOK GIGIT JARI IALAH PENGUNDI NYA SENDIRI...CINA SEMAKIN BIJAK BERPOLITIK..YANG MASIH TAK CERDIK IALAH ORG MELAYU..KERANA MEMILIH UTK JADI PEMBANGKANG !

Anonymous said...

Mamat ni dah rasa takut kena kalu habislah dia jadi macam itu Karpal Singh sama itu anwar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa