Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, March 12, 2014

PAS BOIKOT PRK KAJANG:PERMULAAN PENYATUAN DENGAN UMNO???


Hubungan PAS dan PKR sememangnya keroh. Walaupun para pemimpin PKR dan PAS terutama sekali yang kiblatnya adalah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, cuba menafikan kekerohan hubungan tersebut, namun yang sesiapa pun akan nampak kehambaran hubungan pemimpin kedua-dua parti tersebut. Lebih-lebih lagi setelah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang diperintahkan membayar saman RM2 juta kepada Ketua AMK Dungun, Shamsul Mohd Amin oleh mahkamah kerana FITNAH PIL KUDA.

Semasa proses penamaan calon di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi tadi, memang ada kelibat Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun, kehadiran Abdul Hadi Awang tidak ubah sebagai pelengkap semata-mata untuk menunjukkan solidariti para pemimpin Pakatan Rakyat. Sedangkan pada peringkat akar umbi, para penyokong PAS tidak kelihatan berarak bersama-sama Wan Azizah sekaligus menjadikan proses penamaan calon bagi pihak PKR, begitu hambar dan kurang mendapat perhatian.

PAS walaupun tidak secara rasmi, tetapi kenyataan-kenyataan daripada beberapa orang pemimpin termasuklah oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, mencemuh PRK DUN Kajang yang sengaja diadakan oleh Anwar Ibrahim bagi membantunya mengatasi beberapa masalah dan melindungi beberapa tindakan ‘terlarang’. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat turut mengeji PRK tersebut dan menyifatkannya sebagai menyusahkan rakyat di sebalik laungan kononnya Pakatan Rakyat adalah pembela rakyat.

Secara terperinci, kebanyakan pemimpin PAS peringkat bawahan melihat PRK DUN Kajang, hanyalah untuk memenuhi kepentingan dan selera Anwar Ibrahim semata-mata.

Dua perkara yang bertembung dengan PRK DUN Kajang yang mungkin menjadi penyebab kepada kehambaran, sekaligus menyelamatkan PKR dan Wan Azizah daripada dimalukan ialah perbicaraan Karpal Singh dan insiden kehilangan misteri pesawat MAS MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kebanyakan tumpuan diberikan kepada nasib pesawat MH370 yang sehingga kini masih dikategorikan sebagai hilang dan tiada sebarang petunjuk tentang nasib anak kapal serta penumpang bahkan pesawat itu sendiri. PRK DUN Kajang yang menyaksikan peralihan calon PKR daripada Anwar Ibrahim kepada isterinya, sekaligus membuka satu perdebatan tentang segala dakwaan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kononnya UMNO-BN mengamalkan kronisme dan nepotisme.

PAS barangkali sudah menduga dari awal lagi tentang peralihan ini. Itulah sebabnya, PAS cuba menjarakkan diri dari PRK DUN Kajang kerana tidak mahu dikatakan atau ditanggapi sebagai CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN. Selama ini PAS banyak menyokong tuduhan yang mengatakan UMNO-BN mengamalkan nepotisme dan kronisme walaupun PAS sendiri menerusi teladan Mursyidul Am dan Presidennya meletakkan anak dan menantu dalam barisan kepimpinan selain meraih projek kerajaan sepertimana yang berlaku di Kelantan.

Apa yang berlaku siang tadi, mungkin tidak cukup menakutkan PKR kerana PAS seperti biasa, mudah digertak dan diugut oleh PKR serta DAP. Walaupun PAS mungkin tercela dengan tindakan saman RM2 juta oleh Ketua AMK Dungun, namun dengan sedikit air mata Wan Azizah, pemboikotan PAS ke atas PKR dan PRK DUN Kajang, tidak akan bertahan lama. Sejarah telah membuktikan, setelah dipujuk dan makan pujuk, PAS yang akan terlebih-lebih lenjit sambil mengharapkan satu keajaiban dengan PAS lebih dihormati.

Mungkin keterlaluan jikalau dikatakan, PAS akhirnya akan tunduk sujud terutama sekali menjelang 23 Mac, namun sudah ada bibit-bibit itu menerusi pujukan yang dibuat oleh Wan Azizah dan konco-konco PKR. Sebabnya Wan Azizah, Anwar Ibrahim dan PKR sangat sedar, tanpa PAS, terlalu mustahil untuk Wan Azizah untuk menang di PRK DUN Kajang. Wan Azizah pula tidak memerlukan modal yang besar untuk memujuk PAS. Cukup dengan air matanya, cukup dengan tangisan, cukup dengan kisah sayunya, akhirnya PAS akan tersungkur sujud di kakinya sepertimana yang berlaku pada tahun 1999.

3 comments:

Anonymous said...

Bagi diri saya, saya keberatan utk berbaik dgn PAS,memandangkan banyak kesesatan berlaku dalam parti tersebut.Saya khuatir kalau kerana penyatuan politik menyebabkan kita berkomporomi dgn kesesatan tersebut.Saya rela saya bersendirian mengadap Allah dari bersatu dalam politik dan bersatu juga dalam kesesatan.Kecuali jika para pemimpin mereka sanggup mengakui kesalahan diri,bersedia memohonn maaf dan bertaubat atau para pemimpin yg menyebarkan kesesatan tidak bersama dalam penyatauan tersebut.

Anonymous said...

Semoga Allah buka pintu hati pemimpin2 PAS untuk bertaubat.

Anonymous said...

gempak PAS jer tu....percaya la...PAS la yg paling bersikap lebih sudu dari kuah dlm kempen kajang ni...tak caya???? tungguuuu...!!!
PAS adalah anjing setia kpd tuan dlm PR....tak lebih dari itu....di suruh berguling atas jalan, mereka buat....di suruh berarak , berdemo ,, dia buat....di suruh makan taik babi pun, dia akan buat....asal bukan UMNO....ptuihhhh!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa